Kami berbincang dan mahu “situasi menang-menang” kata Bung Moktar
12:11 Nov 27, 2020  |  By SabahKini2
Kami berbincang dan mahu “situasi menang-menang” kata Bung Moktar

Bung lebih suka kaedah diplomatik berkata BN akan berbincang dengan parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencapai “situasi menang-menang” berhubung pembahagian kerusi.

Sekalipun pandangan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa menyarankan UMNO perlu memikirkan peluangnya untuk menang dalam pembahagian -kerusi antara PAS dan BERSATU dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan mengambil iktibar Pilihan Raya Negeri di Sabah tentang pencapaian UMNO BN namun Bung Moktar Radin kekal tenang mengulasnya

Dalam erti kata lain Annuar Musa bersetuju UMNO bertolak ansur mengenai kerusinya untuk peluang menang dalam PRU ke 15 nanti

Bung Moktar Radin  yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, buat masa ini nampaknya memilih untuk tidak terbabit dalam perbalahan atas isu pembahagian kerusi dengan rakan politik di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Masanya tidak sesuai membincangkannya memandangkan pembentukan kabinet Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam keadaan baik sekarang sejajar dengan semangat autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah.

Walaubagaimanapun Ketua Barisan Nasional Sabah itu berkata, setakat ini Umno akan mempertahankan semua 14 kerusi tradisi Parlimennya jika pilihan raya diadakan secara mengejut, termasuk kerusi yang dimenangi bekas wakil rakyat mereka.

Bagaimanapun Bung lebih suka kaedah diplomatik berkata BN akan berbincang dengan parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencapai “situasi menang-menang” berhubung pembahagian kerusi.

“Kami hanya sebahagian daripada gabungan BN yang lebih besar di seluruh negara dan kami serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan agihan pembahagian kerusi,” katanya

Sekalipun dalam Kerajaan PN hubungan BERSATU dan BN di Semenanjung mempunyai pasang surut namun ia tidak mengugat hubungan BN Sabah dalam Gabungan Rakyat Sabah. Sudah tentu terdapat pelbagai pihak berusaha menggugat kesatuan itu cuba memporak porandakan kerajaan negeri Sabah. 

Keutamaan sekarang ialah kebajikan rakyat menghadapi pandemik Covid-19 dan menunaikan segala janji kepada rakyat Sabah.

 

5 Comments