NGO Kaya 'Pro DAP' Sarawak kecam Kerajaan ikut kehendak rakyat pengeluaran RM10,000 KWSP
07:11 Nov 29, 2020  |  By SabahKini2
NGO Kaya 'Pro DAP' Sarawak kecam Kerajaan ikut kehendak rakyat pengeluaran RM10,000 KWSP

CEO KWSP sudah dikecam rakyat sebelum ini kerana pengeluaran RM10k. Kini dua NGO Kaya pro DAP Sarawak mempertikaikan kelulusan kerajaan membenarkan permintaan rakyat mengeluarkan wang akaun 1 sehingga RM10k. Kata mereka memalukan !.Salah rakyat?

Dikala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum mengeluarkan butiran perincian pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak hari ini  menyelar kerajaan pusat kerana meluluskan pengeluaran itu.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat dasar di Parlimen Khamis lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan berikutan pandemik Covid-19 boleh berbuat demikian.

Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo berkata, kerajaan harus menggunakan peruntukan daripada belanjawan itu untuk membantu rakyat, bukannya membiarkan menggunakan simpanan mereka bagi tujuan persaraan.

“Kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat menyentuh simpanan KWSP mereka. Ini memalukan,” katanya


 Andrew Lo terkenal dengan suara-suara PH di Sarawak. 

Sementara itu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) berkata, pencarum KWSP mungkin berdepan dilema kerana tidak mempunyai simpanan mencukupi jika mereka dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Setiausaha Agungnya Jonathan Chai berkata, ramai yang berdepan masalah kewangan dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada simpanan KWSP, ini akan menambahkan masalah ketika mereka bersara.

“Amat menyedihkan apabila kerajaan tunduk pada tekanan Ahli Parlimen daripada parti komponennya untuk memastikan belanjawan itu diluluskan,” katanya.

“Lebih baik kerajaan menghulurkan bantuan kewangan secara langsung kepada rakyat, terutama mereka yang dalam kategori B40 atau terjejas pendapatan,” katanya

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tengku Tunku Alizakri Alias dikecam rakyat ‘habis-habisan’ kerana sikapnya yang tidak mahu menolong ahli KWSP dengan alasan tidak masuk akal.

Data ahli akaun KWSP mempunyai simpanan rendah sehingga RM5000 digunakan oleh CEO itu bagi menghalang pengeluaran RM10,000.


Dikecam Rakyat

Katanya beliau sanggup dibenci oleh rakyat dan bertegas tidak akan mudah meluluskan pengeluaran itu atas alasan tidak mahu menggadaikan masa depan ahlinya.

Bagaimanapun CEO KWSP itu akhirnya ‘U-Turn’ sehingga membenarkan pengeluaran 10% atau RM60,000 tetapi memasukkan syarat ketat seperti tidak membenarkan pengeluaran akaun 1 itu. Sekali lagi KWSP dikecam oleh Ahli Parlimen, pemimpin politik dan rakyat di negara ini.

Kali ini dua NGO dari Sarawak yang dilaporkan kaya raya cuba menyelar rakyat dan kerajaan atas kelulusan pengeluaran KWSP RM10,000 itu atas alasan simpanan hari tua. Kerajaan salah kerana ikut kehendak rakyat susah

Sementara itu netizen mengecam pandangan dua pemimpin NGO itu kerana pengeluaran KWSP akaun 1 sehingga RM10,000 itu tertakluk kepada jumlah simpanan ahli dan kelayakan mereka bukan dikeluarkan secara sesuka hati di zaman rakyat susah menghadapi pandemik Covid-19.

Bagi pekerja B40 dan M40 yang diberhenti kerja, potong gaji atau cuti tanpa gaji melihat ini satu cara untuk menolong mereka berhadapan krisis Covid-19 selain kelulusan kerajaan  meneruskan moratorium 3 bulan atau 6 bulan pembayaran 50 peratus hutang. 

 

 

1 Comment