MP Warisan penat dengan Anwar, protes tidak hadir 'undi belah bahagi' Dewan Rakyat
01:12 Dec 01, 2020  |  By SabahKini2
MP Warisan penat dengan Anwar, protes tidak hadir 'undi belah bahagi' Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 gagal ditolak oleh PH. Kini di peringkat jawatankuasa PH akan terus gagal kerana protes MP Warisan. Warisan mahukan calon PM baharu seperti Shafie. Mereka bosan dengan Anwar

Apapun alasan Anwar, PH, atau Warisan mereka sudah terlepas peluang pertama undi belah bahagian di peringkat dasar Belanjawan 2021. Sama ada arahan Anwar atau pemimpin PH ‘teragak-agak’ hakikatnya jelas pembangkang tidak kuat, tidak punya nombor.

Anwar, DAP dan pembangkang kata PN dan BN jangan gembira kerana mereka akan membalasnya dalam Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

Sebenarnya bagi yang mahir tentang perjalanan Dewan Rakyat mereka tak peduli pun apa yang bakal berlaku ketika perbahasan peringkat jawatankuasa. Kerana biasanya pegawai yang bertugas di parlimen akan mengetahui bilangan sebenar yang boleh mengundi atau tidak.

Bagi Menteri JPM yang menjaga hal ehwal parlimen dan undang-undang sudah tentu secara teknikal mereka mempunyai persiapan rapi. Mereka akan Menyusun kehadiran MP Kerajaan jika terlewat perkara biasa Speaker Dewan Rakyat akan melengahkannya sehingga bilangan ahli kerajaan mencukupi dalam dewan.

Jika jumlah cukup untuk menang, MP kerajaan tidak perlu menunggu MP yang lain. Maka tidak menghairankan jika Zahid Hamidi, Najib Razak dan Tengku Razaleigh sesekali tidak hadir pun. Mereka tentu lebih tahu awal melalui pegawai mereka dan parlimen jumlah MP Kerajaan yang hadir mencukupi untuk menang undi belah bahagian. ’Alah bisa tegal biasa’ jadi jika ada MP PH yang menggunakan jawapan  'Peringkat Jawatankuasa' selepas lunyai dibalun rakyat baru-baru ni ia hanya menyedapkan hati. Tiada siapa MP berani mengambil risiko dilihat khianat kepada rakyat

Jadi jarang kerajaan kalah di peringkat jawatankuasa. Kerana lumrah ada MP yang tidak hadir, menghilang, sakit  dan mungkin protes.

Hari ini terbukti RUU baki Perbekalan bagi JPM dan Jawatankuasa MOF MP kerajaan menang dengan undian 105 ke atas. Dijangka ia akan berterusan untuk jawatankuasa lain. Kuncinya Setiausaha Dewan Rakyat dan pegawai yang menguruskan parlimen. Siapa kerajaan pun mereka akan menang.

MP Warisan Protes Anwar

Pemuda PKR bengang dengan Warisan. Warisan mempunyai 9 kerusi di parlimen satu jumlah yang signifikan penentuan undi belah bahagian. Tiada seorang pun ahli parlimen Warisan hadir.

Ia menjejaskan peluang pembangkang menolak rang undang-undang itu yang kini dibahas di peringkat jawatankuasa.

Alasan MP Warisan mereka mahu menunjukkan rasa kecewa mereka kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, berkata dia dan wakil lain Warisan berada di Kuala Lumpur namun bersepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian berkenaan sebagai cara "menghantar isyarat" kepada Pakatan Harapan (PH).

"Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang.

"Dan buat masa ini keputusan kami ialah, kami tidak akan menyertai sesi undi belah bahagi," katanya

Menurut ketua whip Warisan itu mereka bosan dengan "perbalahan" berterusan PH yang akhirnya menyebabkan kerajaan PH jatuh terlentang.

Warisan sangat kecewa dengan arahan saat-saat akhir Anwar semasa Belanjawan 2021 diundi untuk diluluskan pada peringkat dasar pada Khamis lalu sekalipun jelas dalam gambar dewan rakyat Presiden Warisan Shafie Apdal tidak bangun bersama Lim Kit Siang menyokong Tun Dr Mahathir.

Menurut Rozman lagi Warisan masih berada dalam blok pembangkang namun pada masa sama parti itu mahu menyampaikan mesej kepada pemimpin yang berkenaan, mereka tidak mahu didorong ke sana sini.

"Dan saya tidak fikir mereka melakukan strategi yang tepat (atau) gerakan yang tepat," katanya lagi.

Tidak seperti dijangka Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz melepasi halangan pertamanya selepas cubaan mencabar sokongan ke atas usul itu gagal di Dewan Rakyat pada 26 Nov lalu.

Rozman beri gambaran Shafie calon PM PH

MP Warisan itu terang-terang menggunakan alasan arahan arahan Anwar gagal membuat undi belah bahagian di peringkat Dasar khamis lalu. 

Rozman lompat parti menyertai Warisan pada Okt 2018 - beberapa bulan selepas PH tumbang terdapat desas-desus Rozman mahu menyertai PN memandangkan Warisan tidak relevan di Labuan.  Namun melihat kedudukannya sebagai MP yang lemah di Labuan termasuk peluang sebagai calon PRU tipis, Rozman U-Turn untuk kekal di Warisan. Rozman juga melaporkan polis kononnya beliau tak akan melompat parti lagi.

Rozman, MP Warisan dan PH sedang dalam usaha melobi Shafie Apdal sebagai calon PM ke 9 menyingkirkan Anwar Ibrahim yang dilihat sudah tidak relevan.

Rozman dalam kenyataan medianya mengaku parti Warisan mahu memberi tekanan kepada PH agar memilih pemimpin baru kerana ia memberi kesan kepada peluang mereka menghadapi pilihan raya umum (PRU).

"Tanpa arah tuju yang jelas dan tanpa perpaduan yang ketara, saya tak fikir kita mampu bersaing dalam PRU akan datang.

"Maka sebelum berdepan perang sebenar, kita perlu memberi sedikit isyarat, (melakukan) sedikit langkah bagi memastikan semua pihak dalam pembangkang mula sedar di sana perlu kepimpinan yang kuat dalam blok pembangkang.

"Warisan dah bosan dengan perbalahan dalaman dan beras pembangkang perlukan kepimpinan baru. Ada ramai pemimpin muda sama ada dalam PKR atau parti lain," katanya.

Ahli parlimen Warisan yang tidak hadir semalam ialah Mohd Shafie Apdal (Semporna), Darell Leiking (Penampang), Isnaraissah Munirah Fakharudy (Kota Belud), Azis Jamman (Sepanggar), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Pemimpin Sabah turut hilang  ialah Chow Kon Yeow (Tanjung), Christina Liew (Tawau) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).

 

 

3 Comments