JTK buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
11:12 Dec 01, 2020  |  By SabahKini2
JTK buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove

Top Glove didapati tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membuka 21 kertas siasatan melibatkan 63 pertuduhan, termasuk 19 terhadap enam kumpulan syarikat Top Glove.

Ketua Pengarahnya Asri Ab Rahman berkata, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapati syarikat itu tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

 
Menurutnya, kesalahan utama adalah syarikat itu gagal memohon Perakuan Penginapan daripada jabatan tersebut dan kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 24D Akta 446.

Tambah beliau, kegagalan itu membawa kepada kesalahan lain termasuklah keadaan penginapan dan asrama yang padat, tidak selesa dan pengudaraan yang sesuai.
2 Comments