Selepas rugi RM1.16 bilion Air Asia umum penstrukturan hutangnya diketahui 30 Jun 2021
01:12 Dec 03, 2020  |  By SabahKini2
Selepas rugi  RM1.16 bilion Air Asia umum  penstrukturan hutangnya diketahui 30 Jun 2021

Pada 6 Oktober, AirAsia X Bhd mencadangkan pelan penstrukturan semula yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi semula sepenuhnya di tengah-tengah sekatan perjalanan global akibat pandemik COVID-19.

KUALA LUMPUR- AirAsia X Bhd menjangka keputusan mengenai skim pengaturan yang sedang dilaksanakan di bawah langkah penstrukturan semula hutangnya untuk menyuntik ekuiti baharu, hanya akan diketahui menjelang akhir Jun tahun depan.

Syarikat penerbangan tambang rendah untuk jarak jauh itu berkata demikian ketika mengumumkan kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa ia telah mengubah tahun kewangan berakhirnya kepada 30 Jun 2021 daripada 31 Dis 2020.

AirAsia X berkata keputusan berkenaan tidak akan diketahui pada bulan ini, oleh itu, asas bagi menyediakan penyata kewangan beraudit (AFS) dan pendapat audit adalah belum pasti dan AFS itu akan mempunyai nilai terhad kepada pemegang saham.

“Pada 30 Jun 2021, keputusan daripada skim ini dijangka akan diketahui, jadi, ada asas yang lebih jelas bagi penyediaan AFS yang akan menjadi lebih bernilai kepada para pemegang saham,” kata syarikat penerbangan itu.

Pada 6 Oktober, AirAsia X Bhd mencadangkan pelan penstrukturan semula yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi semula sepenuhnya di tengah-tengah sekatan perjalanan global akibat pandemik COVID-19. 

Langkah penstrukturan semula itu merangkumi pelantikan Datuk Lim Kian Onn sebagai timbalan pengerusi bagi mengetuai inisiatif penstrukturan semula dan memudahkan suntikan ekuiti yang baharu.

Kerugian Air Asia

Awal bulan lalu media melaporkan Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Penutupan pintu sempadan antarabangsa berikutan pandemik COVID-19 telah mengheret pendapatan AAX jatuh 94 peratus kepada RM59.91 juta bagi suku di bawah kajian daripada RM1.01 bilion sebelumnya.

Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan, kerugian bersih AAX melonjak kepada RM1.16 bilion berbanding RM393.67 juta manakala pendapatan merosot kepada RM1.08 bilion daripada RM3.20 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontroversi Air Asia

Oktober lalu Air Asia terlibat dengan kontroversi pinjaman RM300 juta daripada Sabah Bank Development Berhad kononnya diperolehi secara rasuah bersama Lembaga Pengarah SDB. SRPM dikatakan menyiasat kes ini namun masih berdiam diri hingga kini

[ARTIKEL BERKAITAN- Mana SPRM? Shafie, BOD SDB lulus pinjaman AirAsia RM300 juta selepas Bubar DUN? ]

 

7 Comments