KWSP memang duit ahli tapi bukan bank boleh keluar wang bila-bila masa kata CEO KWSP
05:12 Dec 04, 2020  |  By SabahKini2
KWSP memang duit ahli tapi bukan bank boleh keluar wang bila-bila masa kata CEO KWSP

CEO KWSP Lantikan PH Guan Eng ini sentiasa tegas pertahan pengeluaran akaun 1 KWSP. Sekalipun dikecam kali pertama, kedua dan kini I-sinar terbaru dengan 2 kategori dan sekatan baru dia berkata KWSP bukan bank boleh keluar sesuka hati.

Awal November lalu Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias lantikan Lim Guan Eng PH ini muncul di media dengan kata-kata ‘rela dibenci’ kerana tidak tergoda dengan desakan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP. Selepas itu tidak sedikit kecaman netizen terhadap CEO itu.

[BACA- Rela dibenci tetapi tidak akan tergoda cadangan keluarkan RM10 ribu kata CEO KWSP ]

Beliau kemudiannya U-Turn  dengan syarat baru pengeluaran i-Sinar itu pengeluaran sehingga RM60,000 tetapi dengan niat yang sama menyukarkan pengeluaran akaun 1 KWSP itu.

Rakyat mula lega ketika pembentangan Belanjawan 2021 Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan pengeluaran akaun 1 tanpa syarat dan beri peluang kepada 8 juta penyimpan. Tetapi rupanya ia hanya sementara. 

Ulangi kebodohan tunjuk 'kencing pada rakyat'

Hari ini beliau melakukan lagi semangat sebelum ini ‘rela dibenci’ apabila engkar kenyataan Menteri Kewangan dalam penggulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar yang memberi janji manis kepada rakyat. Yang buat syarat adalah CEO KWSP tetapi yang kena kecam Kerajaan PN, PM dan juga Menteri Kewangan. Rakyat merasa tertipu dengan 'game' KWSP ini.

Sementara itu bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam hantaran facebooknya mengenai KWSP dengan mesej ‘i-Happy atau i-Kecewa’ mendapat lebih 50 ribu komen dan 60 ribu tanda suka.

Tidak cukup itu ia menjadi bahan lawak Sepahtu yang tular di laman sosial.

Kredit Video: Ketum Merapu Channel


CEO KWSP: i-Sinar: “Kalau Tiada Hari Ini, Tiada Masa Depan”

Hari ini jika dikumpul komen netizen rasanya ratusan ribu komen mengutuk Tunku Alizakri CEO KWSP.

Sekali lagi Tunku Alizakri CEO itu berkata bahawa i-sinar “Kalau Tiada Hari Ini, Tiada Masa Depan”

Menurutnya kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan.

“Itu sebab kita perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas akibat COVID-19,” katanya dalam satu temubual terbaru

KWSP bukan Institusi bank keluar duit bila-bila masa

Alizakri menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.

Sebaliknya, beliau berkata, tujuan penubuhan institusi itu bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak.

“Memang saya tidak menafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

“Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua,” katanya.

 
Desakan CEO KWSP Lantikan Guan Eng letak jawatan

Selepas beberapa kali memalukan Kerajaan PN CEO KWSP Tunku Alizakri didesak meletak jawatan kerana tindakannya mengelirukan rakyat. Netizen menggelarnya CEO Kencing Rakyat.

Malah terdapat beberapa pihak membuat petisyen agar CEO dipecat. Mengapa Kerajaan PN tak pecat Tunku Alizakri jika beliau memang lantikan Guan Eng.

 


Kesayangan Guan Eng jadi cara pun kena balas budi Guan Eng


Dengan pegawai Guan Eng ini kamu fikir rakyat akan dapat apa tuntutan mereka? no..

Yang rakyat tahu i-Sinar: “Kalau Tiada CEO KWSP tiada kencing rakyat seperti ini”

12 Comments