Anwar masih banduan perlu ikut peraturan
00:01 Jan 11, 2018  |  By SabahKini2
Anwar masih banduan perlu ikut peraturan

Salleh Said Keruak dan Nur Jazlan mengulas Tun M dilarang melawat Anwar di hospital tanpa kebenaran KP Penjara

Mahathir mengamuk kata dia diktator tak dapat jumpa Anwar. Kemudian salahkan Najib. 

 

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed mengulas mengenai halangan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad melawat Anwar selepas permohonan ditolak Jabatan Penjara. 

Dr Mahathir masih berstatus banduan. Justeru isu Dr Mahathir dihalang melawat ketua umum Pakatan Harapan yang sedang menjalani rawatan di Hospital tidak seharusnya timbul.

"Seorang banduan bukan orang bebas. Hidup Anwar dikawal oleh Jabatan Penjara. 

“Orang lain pun tidak dapat hendak jumpa sesiapa kecuali keluarga,"

Sementara itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Said Keruak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad patut tahu ada prosedur disediakan untuk melawat banduan.

“Terdapat prosedur yang perlu dipatuhi dan Dr Mahathir, sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan sepatutnya menjadi orang pertama untuk menunjukkan tauladan yang baik dengan tidak menyalahgunakan kuasanya atau melanggar undang-undang.

“Jika tidak, beliau hanya akan mengajar rakyat Malaysia bahawa jika anda adalah ‘seseorang’ maka anda tidak perlu mengikut undang-undang,” kata menteri komunikasi dan multimedia di blognya hari ini.

 

Comment