Pas zahir komitmen pertahan kerajaan PN di Perak
00:12 Dec 07, 2020  |  By SabahKini2
Pas zahir komitmen pertahan kerajaan PN di Perak

Kemelut Perak Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegur rakan Partinya agar semua isu mesti dibincang dahulu sebelum buat keputusan. Akhirnya Pas zahir pertahan Kerajaan PN di Perak.

Selepas mendapat teguran daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu pembentukan kerajaan baharu negeri Perak yang sepatutnya dibawa berbincang dahulu akhirnya  Pas menzahirkan komitmen untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Tambahnya, keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan Pas untuk menyokong kerajaan yang telah dibina bersama Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

"Keputusan yang dibuat pucuk pimpinan mengatakan bahawa kita setakat ini kena menyokong kerajaan kita bina bersama di atas permuafakatan Pas, Bersatu dan UMNO, dan kita menghadap Ke Bawah Duli Tuanku, Tuanku menitahkan supaya kita menerima mana-mana calon dipilih.

"Jadi kita dah bersetuju mempertahankan kerajaan PN yang telah kita persetujui bersama," katanya.

Malah jelas Razman, pihaknya menyerahkan sebarang keputusan mengenai penubuhan kerajaan negeri Perak yang baharu kepada pucuk pimpinan Pas.

"Bagi pihak Pas, kita menunggu arahan dan keputusan pucuk pimpinan parti. Kita rujuk dan perkara ini melibatkan politik nasional," jelasnya lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti itu tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri menerusi satu usul pada Jumaat. 

Keyakinan Timbalan Presiden PAS

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata beliau yakin UMNO akan terus mempertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk kedua-dua parti berkenaan sekali gus beliau menolak kenyataan yang mengatakan bahawa UMNO sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak

"Saya telah dihubungi oleh rakan-rakan UMNO untuk duduk berbincang mengenai perkara ini. Kita ada jawatankuasa Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dan saya yakin kita akan duduk berbincang, cuma dalam masa sehari dua ini kita ada perbincangan peringkat parti sebelum kita bincang dengan rakan-rakan dari UMNO dan Bersatu," katanya.

Tambah beliau, mesyuarat di peringkat parti akan diadakan minggu ni.

Dalam pada itu, katanya, Pas yakin UMNO akan terus mempertahankan kerjasama yang dimeterai menerusi Muafakat Nasional sekali gus beliau menolak kenyataan yang mengatakan bahawa UMNO sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan negeri baharu di

 

 

 

 

2 Comments