PAS 'Sailang' UMNO tak jadi mengadap Sultan Perak?
10:12 Dec 08, 2020  |  By SabahKini2
PAS 'Sailang' UMNO tak jadi mengadap Sultan Perak?

Walaupun hanya 3 kerusi DUN wajah PAS sudah mula kelihatan. Sekalipun sebelum ini mengesahkan mahu pertahankan PN tetapi hakikatnya PAS lebih selesa mengikut PPBM. Apa selepas ini?

Disaat UMNO dan beberapa Adun dipanggil mengadap Sultan Perak hari ini PAS walaupun hanya ada 3 kerusi di Perak membuat U-Turn atau 'game' akhir untuk membatalkan rancangan mereka untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh.

Wakil parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mengakui mereka tidak akan mengadap sultan pada waktu yang ditetapkan.

“Ya (batal),” katanya semasa diminta mengesahkan perkara itu.

PAS: Sekejab tidak, sekejab ya...

Menurut Adun Gunung Semanggol itu lagi PAS tidak mengadap Sultan Nazrin kerana mereka belum ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan.

"Nanti macam kita jumpa tuanku main-main pula (kalau tidak ada keputusan),” katanya.

Bagaimanapun Razman berkata PAS akan mengadap Sultan Nazrin juga kemudian namun belum ada tarikh ditetapkan.

“Secepat mungkin jugalah kalau ada keputusan. Itu pun bergantung kepada pusat punya keputusan," katanya.

Hari tular beberapa gambar perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional bertemu dengan Perdana Menteri mungkin membincangkan isu pelantikan Menteri Besar Perak. 

 Semalam Bersatu membuat kenyataan media bahawa keputusan mereka bergantung kepada PAS.
3 Comments