TKM Sarawak sahkan Warisan ‘takut’ tuntut hak minyak, gas dari Dr Mahathir
09:12 Dec 09, 2020  |  By SabahKini2
TKM Sarawak sahkan Warisan ‘takut’ tuntut hak minyak, gas dari Dr Mahathir

James Masing TKM berkata, mereka pernah mengajak kerajaan Sabah pimpinan Warisan untuk turut sama memfailkan saman terhadap Petronas berhubung 5% cukai jualan produk petroleum. Tapi Warisan penakut tetap nak ikut Dr Mahathir

KUCHING: Seorang timbalan ketua menteri Sarawak mendakwa kerajaan Sabah pimpinan Warisan tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana “takut” kepada perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Ia susulan Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan berkata, negeri itu akan berusaha memeterai perjanjian komersial dengan Petronas seperti dilakukan kerajaan Sarawak sebelum ini.

Dalam kenyataan, James Masing, seorang daripada tiga timbalan ketua menteri Sarawak berkata, mereka sebenarnya pernah mengajak kerajaan Sabah pimpinan Warisan untuk turut sama memfailkan saman terhadap Petronas berhubung 5% cukai jualan produk petroleum.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak juga mahu Warisan berhenti berpura-pura kerana mereka sebenarnya yang memperjuangkan hak dan kepentingan kedua-dua negeri Borneo itu.

“Tetapi, saya ditegur oleh seorang menteri Warisan (Darell Leiking) yang menyifatkan saya sebagai seorang budak nakal yang kurang berdisiplin.

“Sebab kenapa Warisan enggan menyertai kami, kerana mereka takut kepada Mahathir yang merupakan perdana menteri sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

 
September 2018 Dr Mahathir PM melawat Sabah. Komen beliau mengenai royalti Petronas sedikit pun tidak disanggah Warisan.
Shafie dan Warisan bersetuju saja dengan Dr Mahathir

Warisan terus mengikuti Dr Mahathir sehingga digugurkan sebagai PM

Januari tahun lalu, kerajaan Sarawak mengenakan 5% cukai jualan ke atas produk petroleum daripada Petronas bawah Ordinan Cukai Jualan 1998 negeri tetapi syarikat petroleum kebangsaan itu enggan membayar dan menjurus kepada proses kehakiman.

Sejak itu, Petronas dan Sarawak memeterai satu perjanjian berhubung perkara berkenaan, dengan syarikat petroleum itu bersetuju membayar cukai jualan dan menyepakati perjanjian komersial berhubung pengurusan sumber minyak dan gas di negeri berkenaan sebagai sebahagian penyelesaian.

“Sekarang, kerajaan Sabah yang baharu sedar bagaimana aset minyak dan gas mereka dieksploitasi oleh Petronas, justeru, mereka mahu menuntut sebahagian hasilnya. Semoga mereka berjaya,” kata Masing.

Pada 17 September 2020 Petronas telah membayar cukai SST Petronas RM 2.96b kepada Kerajaan Sarawak.

Isnin lalu Kerajaan Sarawak dan Petronas memeterai sebuah perjanjian komersial di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan isu berkaitan pengurusan minyak serta gas di negeri tersebut.

Perjanjian yang dimeterai itu membolehkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), iaitu anak syarikat milik kerajaan Sarawak memainkan peranan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui kerjasama dengan Petronas dalam satu kenyataan.

Hanya selepas Sarawak memenangi kes mahkamah menyaman Petronas barulah Shafie dan Warisan terhegeh-hegeh mahu menuntut Cukai Jualan Petroleum sehingga dibawa dalam sidang DUN Sabah.

10 Comments