Pan Borneo: Kontraktor BHO Sdn Bhd tiada keupayaan, Jajaran Lahad Datu Bypass Gagal disiapkan 3 Julai 2020
16:12 Dec 10, 2020  |  By SabahKini2
Pan Borneo: Kontraktor BHO Sdn Bhd tiada keupayaan, Jajaran Lahad Datu Bypass Gagal disiapkan 3 Julai 2020

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini mendedahkan pemilihan kontraktor Pan Borneo bagi Jajaran Lahad Datu Bypass tidak memenuhi kriteria dan tiada keupayaan menyiapkan projek yang telah ditetapkan sehingga 3 Julai 2020.

Video: Package 21 - Lahad Datu By Pass

Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah (LPBS) bagi Jajaran Lahad Datu Bypass tidak mencapai objektif yang ditetapkan berikutan penawaran tender terhad kepada 10 syarikat yang tidak memenuhi kriteria pemilihan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, perkara itu secara keseluruhannya telah menjejaskan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) Rakan Pelaksana Projek (PDP) dalam aspek tempoh penyiapan projek itu.

“…kontraktor yang tidak berkeupayaan telah dipilih, tindakan tidak diambil walaupun kontraktor tidak mematuhi syarat kontrak, terdapat isu pengambilan balik tanah yang tidak selesai dan pemantauan yang kurang berkesan.

“Prestasi fizikal keseluruhan projek LPBS bagi 11 WP (pakej kerja) semasa tarikh penamatan perkhidmatan PDP pada 21 Sept 2019 adalah 12.8 peratus berbanding 41.9 peratus yang dirancang, iaitu lewat 29.1 peratus,” menurut dapatan audit terhadap Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Bagi prestasi Jajaran Lahad Datu Bypass pula hanya mencapai 37.4 peratus berbanding jadual sebanyak 45.7 peratus iaitu lewat jadual sebanyak 8.3 peratus semasa PDP ditamatkan pada 21 Sept 2019.

Jajaran Lahad Datu Bypass adalah BHO Sdn Bhd RM89.1 juta sepatutnya siap Julai 2020

Bagaimanapun, prestasi keputusan projek LPBS dan Jajaran Lahad Datu Bypass belum dapat dinilai kerana belum disiapkan setakat 31 Dis 2019.

Laporan itu mengesyorkan KKR untuk memilih kontraktor yang belum ditawarkan pakej kerja dan menepati kriteria pemilihan ditetapkan seperti berkemampuan dari segi kewangan, keupayaan teknikal, pemilikan jentera dan mesin serta berpengalaman dalam kerja pembinaan berkaitan jalan raya.

 

Selain itu, KKR, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah perlu merangka pelan penyelesaian supaya urusan pengambilan balik tanah seperti hak milik, pampasan dan isu berkaitan tanah diselesaikan berdasarkan Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah sebelum pemilihan kontraktor.

“JKR Sabah sebagai Pegawai Penguasa selepas Projek LPBS diambil alih pada bulan Disember 2019 perlu mengkaji, mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap kontraktor untuk mengatasi punca kelewatan pelaksanaan kerja di tapak.

“Tindakan hendaklah diambil berdasarkan kontrak terhadap punca kelewatan yang dikenal pasti seperti kekurangan mesin, kekurangan pekerja, tidak mematuhi program kerja dan tidak memberi maklum balas kepada notis bertulis.

“Selain itu, KKR hendaklah menambah baik proses bayaran agar kontraktor dapat dibayar dalam tempoh yang ditetapkan bagi melancarkan pelaksanaan projek dan tidak menjejaskan aliran kewangan kontraktor,” menurut laporan itu.

Pada Oktober 2018 Kerajaan Warisan Sabah membatalkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn Bhd sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek Pan Borneo dan projek diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya di bawah Kementerian Infrastruktur Sabah atau dalam erti kata lain kendalian Peter Anthony sebagai menterinya. Pelantikan kontraktor dengan Restu Shafie Apdal dan Peter Anthony sejak disember 2019.

 
 Dato' Mohammad Hairul Benjamin Pengerusi Eksekutif BHO Group.
Syarikat BHO gagal menyiapkan projek Jajaran Lahad Datu Bypass

13 Comments