Thomas, SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian baharu, Madiyem Layapan dilantik CEO Invest Sabah Berhad
13:12 Dec 11, 2020  |  By SabahKini2
Thomas, SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian baharu, Madiyem Layapan dilantik CEO Invest Sabah Berhad

Thomas Logijin, Timbalan SUT kini SUT manakala bekas SUT Datuk Madiyem Layapan dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad yang baharu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengumumkan pelantikan Setiausaha Tetap Kementerian yang baharu, Thomas Logijin.

Joachim berharap agar kerjasama yang padu akan terjalin dalam melaksanakan program-program Kementerian dengan lancar. 

Thomas yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan SUT Pentadbiran dan Kewangan, kini menggantikan Datuk Madiyem Layapan yang bersara wajib pada Isnin lalu.

Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Tseu Kei Yue dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tommie Philip.

Invest Sabah Berhad

Sementara itu Datuk Madiyem Layapan dilantik sebagai semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad yang baharu.

Dalam satu surat yang tular bertarikh 10 Disember 2020 ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong memaklumkan pelantikan Datuk Madiyem Layapan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad telah dipersetujui oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

 

 

 

3 Comments