Hebat! Armada Perak jadi 'Jutawan Muda' diberi 746 ekar tanah kepada syarikat ditubuh 3 bulan Peja MB Perak
00:12 Dec 12, 2020  |  By SabahKini2
Hebat! Armada Perak jadi 'Jutawan Muda' diberi 746 ekar tanah kepada syarikat ditubuh 3 bulan Peja MB Perak

Mengapa perlu dengki Armada Perak diberi konsesi ladang seluas 301 hektar (746 ekar) di daerah Kinta melalui syarikat 3 bulan ditubuh selepas Peja menjadi MB Perak? Syarikat baharu dah mampu bayar RM1 juta deposit kepada PPPNP!

Perang mulut Bekas Menteri Besar Perak Faizal Azumu dan bekas Perdana Menteri Najib Razak mengenai tanah ladang Perak semakin menarik. Peja menafikan salah laku penjualan PT Pinang Witmas Sejati (PWS).

‘Surat Karam’ pula sekalipun diumumkan disiasat SPRM namun tidak ada jawapan rasmi daripada SPRM. Tiada pengesahan SPRM pelepasan bagi siasatan kes itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tumbangnya Peja MB Perak benarkah kerana isu tanah, SUPOL? Pendedahan netizen mengejutkan! ]

Hanya Peja mengumumkan kononnya siasatan dah selesai. Kepada SPRM bagaimana?

Turut diperdebatkan ialah proses tawaran Konsesi ladang seluas 301 hektar(746 ekar) di daerah Kinta kepada Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Perak dan Ketua Armada Bahagian Gopeng dinyatakan oleh peja sebagai tiada sebarang salah laku rasuah pemberian tanah  itu.

 

Peja menjelaskan proses pemilihan konsesi tanah itu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

"Pembentangan kepada jawatankuasa itu dipengerusikan oleh seorang ahli lembaga pengarah perbadanan itu yang juga seorang penjawat awam, sebelum ia diluluskan.

"SPRM membuat siasatan ke atas dakwaan pemberian Kebenaran Merancang (RFP) dan mendapati tiada sebarang salah laku dalam pelaksanaan proses tawaran ini," kata Peja dalam kenyataan rasminya di Facebook.

Siapa dalam Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak?

 Pengerusi ialah MB Perak- Faizal Azumu, dan BOD adun Bersatu Zainol Fadzi 

CEO ialah Yahanis- Calon PH dahulu


Mudah cara MB, CEO Yahanis PPPNP membuat penilaian terhadap pemilik Syarikat Puncak Graviti Sdn Bhd
tidak perlu Mesyuarat BOD PPPNP. 

Pengerusi dan CEO luluskan permohonan untuk Ketua Penerangan Armada Bersatu Perak dan Ketua Armada Bersatu Bahagian Gopeng. Apa maksudnya? kebetulan?

Apa sebenarnya SPRM siasat? Syarikat Puncak Graviti Sdn Bhd

Tatacara pemberian tanah itu kepada syarikat? Ada salah guna kuasa, rasuah atau kelayakan syarikat Armada yang mendapat 301 hektar itu?

Jika kelayakan syarikat pastinya kita rakyat Malaysia sangat berbangga kerana melahirkan anak muda jutawan segera.

Syarikat Puncak Graviti Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 iaitu 3 bulan selepas PH peja dilantik menjadi Menteri Besar PH. Selepas penggulingan PH Peja kekal MB Perikatan Nasional.

Semakan di SSM penama dan pemegang saham syarikat itu ialah  Megat Muhammad Asri Megat Zambri Ketua Armada Bahagian Gopeng dan Mohd Herman MD Haassan Ketua Penerangan Armada Bersatu Negeri Perak.

 

Modal berbayar RM100,000 sahaja. Laporan Audit syarikat itu bagi kewangan 2019 nampak belum ada. Pastinya kewangan syarikat ini tiada wang tetapi luar biasa mendapat kelulusan tanah ladang seluas 301,952 hektar atau 746 ekar milik PPPNP Daerah Kinta bagi tempoh pajakan selama 30 tahun.

Apa kriteria penilaian Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)? Kewangan, pengalaman syarikat  atau kelayakan?

Mustahil jawatankuasa teknikal RFP tender ini tidak menilai semua kemampuan syarikat ini?

Mustahil SPRM tidak menyiasat butiran tender PPPNP ini?

Surat bertarikh 17 April 2019 menyebut mengenai syarat-syarat dan terma cadangan termasuk membayar RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sahaja) kepada PPPNP selama 14 hari dari tarikh kelulusan. PPPNP memaklumkan 107 hektar tanah telah diusahakan penanaman kelapa sawit dan bakinya kira-kira 194 hektar lagi belum diusahakan. 

Ini bermakna syarikat memerlukan modal kerja besar untuk mengeluarkan hasil hutan dan kerja-kerja memulakan projek ladang. Melainkan hasil hutan atau balak di kawasan itu dijual terlebih dahulu kepada pihak luar. 

Rekod Syarikat Puncak Graviti Sdn Bhd menunjukkan mereka  tidak punya wang persoalannya dari mana Megat Muhammad Asri Megat Zambri Ketua Armada Bahagian Gopeng dan Mohd Herman MD Haassan Ketua Penerangan Armada Bersatu Negeri Perak dapat wang membayar deposit RM 1juta?

Semua tahu siapa Mohd Herman MD Haassan dan Ketua Armada Gopeng itu. Tak mungkin dia mampu mengemukakan RM1 juta itu bagi sebuah syarikat baharu. 

Selepas diberi kepada Puncak Graviti Sdn Bhd kepada siapa projek ini dijual? taukeh? sudah tentu ini jalan paling mudah. Dan penjualnya kini tentu menjadi jutawan.

Jadi kita sebenarnya sangat bangga YB Peja menjadi Menteri Besar Perak melahirkan Armada PPBM sebagai jutawan muda. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.

 
Alhamdulillah rakyat bangga dengan jutawan muda pemilik Puncak Graviti Sdn Bhd

6 Comments