Tidak ikut nasihat betul, Pas bakal hilang Exco kata Jurucakap Istana Perak
13:12 Dec 12, 2020  |  By SabahKini2
Tidak ikut nasihat betul, Pas bakal hilang Exco kata Jurucakap Istana Perak

Bahana engkar tidak mengadap Sultan Perak. Apakah PAS bakal hilang Exco? Menurut jurucakap Istana itulah 'Harga kerana tidak mendengar nasihat yang betul'..

Mungkinkah Pas akan kehilangan jawatan Exco Perak selepas tidak mendengar nasihat yang betul, kata Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, jurucakap Istana Perak.

“The price for not listening to the right advice (Harga kerana tidak mendengar nasihat yang betul),” tulis Annuar dalam perkongsian facebooknya memetik tangkap layer portal The Vibes.

Tiga Adun Pas sebelum ini membatalkan upacara menghadap Tuanku Sultan Perak pada jam 3 petang pada 8 Disember lepas walaupun diperintahkan berbuat demikian oleh Sultan pada waktu itu.

[ARTIKEL LAIN -Selepas 'sailang' UMNO, tiga Adun PAS mohon ampun pada Sultan Perak ]

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria mengakui mereka tidak akan menghadap sultan pada waktu yang ditetapkan atas alasan arahan pihak atasan PAS menangguhkan sokongan kepada UMNO.

Bagaimanapun PAS memohon ampun kepada Sultan Perak di atas kekhilafan mereka.

Kemarahan Istana kepada PAS nampaknya tidak berakhir begitu. Ketidak hadiran ADUN Pas nampak mengundang marah besar pihak Istana

Datuk Seri Mohd Annuar Zaini juga turut menegur portal PAS Harakahdaily agar belajar lebih beradab dalam menjunjung adat Negeri Beraja-Rakyat Bersultan.

Ini berikutan portal milik Pas itu menyiarkan gambar Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria yang setanding dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang Adun dengan darjat seorang Raja Pemerintah.

“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang Harakahdaily, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat NEGERI BERAJA – RAKYAT BERSULTAN.

“Bila meletakkan gambar; jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” tegasnya

PAS merupakan rakan BN dalam Muafakat Nasional dan dalam masa sama menjadi ahli gabungan dalam Perikatan Nasional bersama PPBM.

PAS berniat menjadi ‘king maker’ atau pencatur politik Malaysia dicelah hubungan tidak baik UMNO dan PPBM.

Bagaimanapun permainan PAS kali ini di Perak menjerat leher sendiri dan menunjukkan wajah sebenar mereka dalam gabungan politik pilihanraya.

 

 

10 Comments