Artis PPBM pro Mahathir Farid Kamil sah positif dadah dan lalok ganja
09:01 Jan 12, 2018  |  By SabahKini2
Artis PPBM pro Mahathir Farid Kamil sah positif dadah dan lalok ganja

Pelakon Lagenda Budak Setan dan Tombirou itu ditahan kerana mengamuk dan menampar anggota polis di sebuah balai ketika membuat aduan kes kemalangan, sekitar jam 1.20 petang

KUALA LUMPUR: Pelakon pro PPBM dan Mahathir, Dato’ Farid Kamil disahkan positif dadah, kata ketua polis daerah Petaling Jaya.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja," kata ACP Mohd Zani Che Din, lapor Kosmo.

Beliau berkata Farid kini ditahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Pelakon Lagenda Budak Setan dan Tombirou itu ditahan kerana mengamuk dan menampar anggota polis di sebuah balai ketika membuat aduan kes kemalangan, sekitar jam 1.20 petang

Farid Kamil 37 tahun, juga menendang orang awam dekat kaunter bahagian trafik polis Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini.

 Sebelum ini dilihat Farid Kamil sedang lalok dengan komen-komennya di Instagram termasuk isu-isu politik. Hari ini dia berhadapan dengan kontroversi yang sangat memalukan iaitu terlibat dengan perkara menyebabkan kecederaan dan penggunaan dadah jenis ganja. Seluruh warga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pasti berbangga dengan pencapaian ahli-ahlinya.

Dijangka Tun Mahathir bakal melawat Farid Kamil dipenjara untuk memberi nasihat  agar Farid Kamil kembali berpegang kepada 'Amal Ma'ruf Nahi munkar'

5 Comments