Raymond PKR Sabah bidas Shafie Apdal kecam Anwar gagal ketuai pembangkang
00:12 Dec 14, 2020  |  By SabahKini2
Raymond PKR Sabah bidas Shafie Apdal kecam Anwar gagal ketuai pembangkang

Shafie kata kalau PH mahu menang rombak PH. tukar Anwar. Kalau tak PH akan kalah PRU-15. Raymond PKR Sabah pula bidas Shafie kerana cuba lemahkan pembangkang.

Pemuda PKR Sabah membidas kenyataan Presiden Warisan Shafie Apdal bahawa pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika diketuai kepemimpinan sama.

Ketua AMK PKR Sabah, Raymond Ahuar berkata, Warisan dan Pejuang yang dipimpin bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad cuba melemahkan pembangkang dan tidak mahu bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai satu gabungan.

“Pembangkang yang ada hari ini yang diketuai PH merupakan barisan pembangkang yang kukuh.

“Malah lebih teruk, Warisan dan Pejuang tidak menyokong beberapa usaha pembangkang di Parlimen hanya kerana masalah peribadi bersama beberapa pemimpin PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Shafie berkata, pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama ditafsir sebagai merujuk kepada Anwar Ibrahim.

Shafie berkata, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh ke atas kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah.

Sebelum ini Ketua Whip Warisan Rozman Isli, yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata Warisan sudah bosan dengan Anwar Ibrahim dan PH yang semakin tersasar dan perlu perubahan baharu.

[ARTIKEL BERKAITAN-MP Warisan penat dengan Anwar, protes tidak hadir 'undi belah bahagi' Dewan Rakyat ]

MP Warisan penat dengan Anwar, protes tidak hadir 'undi belah bahagi' Dewan Rakyat

Atas sebab itu 8 orang Ahli Parlimen Warisan dilihat memboikot tidak hadir dalam undi belah bahagi Belanjawan 2021.

Raymond berkata Warisan serta Pejuang jelas cuba melemahkan pembangkang hari ini.

“Saya menyarankan lebih baik Shafie fokus untuk mengambil semula kerajaan Sabah daripada PN selepas beliau ditumbangkan, bukan kerana pengkhianatan, tetapi ditolak oleh rakyat baru-baru ini.

“Saya tidak menentang keputusan Shafie untuk melebarkan sayap Warisan ke Semenanjung atas semangat demokrasi, namun agak janggal bila beliau ingin membawa semangat ‘Unity’ yang beliau mainkan di Sabah sebelum pilihan raya negeri yang lalu ke Semenanjung,” katanya.

Katanya, Shafie dilihat gagal menyampaikan mesej sebenar ‘Unity’ dan tidak diterima oleh masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) di Sabah.

Untuk rekod Raymond sebelum ini kontroversi di Sabah dipecat sebagai Setiausaha Politik Christina Liew kerana isu balak.

[ARTIKEL BERKAITAN- Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah sahkan dipecat atas arahan Shafie Apdal. ]

https://sabahkini2.com/en/news/2542/setiausaha-politik-timbalan-ketua-menteri-sabah-sahkan-dipecat-atas-arahan-shafie-apdal/view

Shafie melihat Raymond sebagai seorang pemimpin PKR bermasalah di Sabah malah pernah dikaitkan dengan  rasuah projek dan juga kes rogol di Sabah

 Dalam PRN Sabah September lalu Raymond Ahuar tewas di DUN Sook atas kerusi PKR

11 Comments