PH persoal MP 'Kuarantin' pakai PPE tapi Prabakaran MP PH hadir undi belah bahagi 10.12.2020, PH tutup mulut!
16:12 Dec 14, 2020  |  By SabahKini2
PH persoal MP 'Kuarantin' pakai PPE tapi Prabakaran MP PH  hadir undi belah bahagi 10.12.2020, PH tutup mulut!

Mengapa PH Double Standard? Mereka persoal MP 'Kuarantin' dapat kebenaran KKM hadir mengundi di Dewan Rakyat tapi MP PH Prabakaran langgar kuarantin PH tidak bersuara pula. Belanjawan 2021 demi rakyat MP wajib pertahankan

Sidang Parlimen kecoh selepas sejumlah ahli parlimen pembangkang keluar dewan sebelum undi belah bahagi dibuat bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Pihak pembangkang mula keluar selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Azhar Azizan Harun mengenai kehadiran  tiga ahli parlimen memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Ketiga-tiga ahli parlimen itu sedang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat untuk mengundi syarat dengan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk memakai PPE.

Tiga wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia; Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Batu, P Parabakaran.

Kedudukan MP PH dan MP BN memakai PPE di belakang


3 MP sama ada BN atau PH punya hak mengundi untuk kebaikan rakyat tertakluk SOP KKM

Terdahulu, Ketua Whip PKR Johari Abdul (PH- Sungai Petani) mencadangkan undi belah bahagi, selepas tamatnya perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa buat Kementerian Wilayah Persekutuan yang berjumlah RM956.7 juta.

Dr Xavier Jeyakumar (PH- Kuala Langat) dan Ketua Pembangkang PKR Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) kemudian meminta penjelasan dari Azhar kerana membenarkan ketiga-tiga wakil rakyat itu berada dalam dewan untuk mengundi.

Pematuhan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Azhar kembali mengulangi penjelasannya bahawa dia hanya mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun pihak pembangkang tidak berpuas hati dan kemudian bertindak keluar dari dewan tersebut.

Azhar berkata khamis lalu terdapat MP PH (Prabakaran) yang hadir mengundi belah bahagi tanpa kebenaran KKM. Jadi kali ini dia mahu benarkan dengan SOP yang diluluskan

Azhar Speaker menegur MP PH

Meskipun Azhar mengumumkan bahawa undian belah bahagi tetap dijalankan, beberapa ahli pembangkang itu tetap tegas untuk keluar dari sidang dewan.

“Tak perlu undi, tak perlu undi. Parlimen tak ikut undang-undang.

“Semua pihak kita boleh keluar, tak perlu undi,” kata Mohamad Sabu (PH-Kota Raja).

Di sebelah pihak kerajaan pula, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilihat menyindir ahli parlimen yang keluar sebagai pengecut.

“Kamu yang minta (undian belah bahagi) tetapi lari,” kata anggota parlimen lain.

Sementara itu, Dr Dzukefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang memilih untuk berada dalam Dewan Rakyat bangun untuk memberikan respons.

“Ketua pembangkang cuma minta penjelasan Speaker secara rasional. Itu sahaja, apa yang susah,” katanya lagi.

Undian belah bahagi itu diteruskan dan peruntukan Belanjawan 2021 bagi kementerian tersebut diluluskan dengan 110 undi, 7 (tidak setuju), 31 (tidak undi) dan 72 tidak hadir.

Mengapa PH tidak persoal Prabakaran MP Parlimen Batu hadir undi belah bahagian pada khamis (10 Disember 2020)?. Semakan handsard parlimen Prabakaran hadir dan melanggar kuarantin KKM. Tak ada pula PH marah kepada Prabakaran?

Dan hari ini Prabakaran bersama Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan,  Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba  dibenarkan speaker menyertai undian belah bahagi di dewan rakyat dengan SOP diluluskan KKM.

Bukankah dengan kebenaran itu bagus?

Penjelasan Menteri JPM (Undang-undang)

Sementara itu Datuk Takiyuddin Menteri JPM (Undang-undang) dalam hantaran tweeternya berkata parlimen menjamin amalan demokrasi untuk membuang undi termasuk kepada anggota Dewan Rakyat yang telah mendapat kebenaran.

Ketua Pengarah KKM jelas mengguna kuasa di bawah Seksyen15 Akta 342 beri kebenaran khas 3 MP dalam kuarantin datang mengundi dengan 'complete PPE'. Pembangkang walk out, tak faham atau tak tahan’ katanya.

 

Tempoh kuarantin 14 hari kepada 10 hari

Kerajaan juga telah mengumumkan tempoh kuarantin wajib bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat COVID-19 di Malaysia dikurangkan dari 14 hari kepada 10 hari, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu sama seperti dilakukan di negara lain berdasarkan laporan saintifik semasa.

"Sebelum ini, KKM (Kementerian Kesihatan) telah mengumumkan untuk mengkaji untuk memendekkan tempoh kuarantin di Malaysia ke atas prosedur pengurusan kuarantin wajib kepada pengembara yang pulang dari luar negara dan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif COVID-19.

"Ini selaras dengan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia seperti United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 10 hari.

"Ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman," katanya dalam satu kenyataan

Beliau berkata, langkah itu diambil berdasarkan pelaksanaan tempoh kuarantin oleh negara-negara lain di dunia dan laporan saintifik klinikal semasa.

 

 

2 Comments