Peruntukan Pejabat Parlimen, Shafie Apdal juga beri Ketua Bahagian Warisan mula 16 Julai 2018. Mahu siasat SPRM juga ke?
05:12 Dec 17, 2020  |  By SabahKini2
Peruntukan Pejabat Parlimen, Shafie Apdal juga beri Ketua Bahagian Warisan mula 16 Julai 2018. Mahu siasat SPRM juga ke?

Sibuk Pemimpin Warisan dedah segala surat wal hal surat tular merujuk JKM P&K 400-8/22 5 Februari 2015 dan 16 Julai 2018 Kerajaan Warisan salur juga kepada Ketua Bahagian Warisan bagi Parlimen bukan diwakili parti pemerintah.

Sejak tular surat Jabatan Ketua Menteri rujukan JKM P&K 400-8/22 (   ) berlumba-lumba pemimpin Warisan termasuk Junz Wong Naib Presiden Warisan menggunakannya sebagai modal politik.

Para pemimpin warisan itu berlumba-lumba mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyaluran wang kerajaan kepada penyelaras atau Ketua Bahagian Parti Bersatu di seluruh Sabah bagi kawasan yang bukan diwakili parti pemerintah.

Kata Ketua Cawangan Warisan Kota Kinabalu Samuel Wong budak Junz Wong surat yang tular mengenai peruntukan RM10,000 sebulan akan disalurkan bermula 1 November lalu.



Apa masalah peruntukan ini JKM P&K 400-8/22?

Sejak dari zaman BN malah Kerajaan Warisan menggunakan fail rujukan JKM P&K 400-8/22 bertarikh 9 Februari 2015 itu.  Surat Kerajaan Warisan  JKM P&K 400-8/22 (    ) bertarikh 16 Julai 2018 dua bulan selepas Warisan memerintah.

Para 5

“ Pemberian Peruntukan ini adalah merangkumi semua kawasan Parlimen. Peruntukan bagi kawasan yang bukan diwakili  oleh parti pemerintah akan diselenggarakan oleh Ketua Bahagian Parti Warisan, Kawasan Parlimen berkenaan”

Surat Kerajaan GRS juga sedemikian rupa. Sesiapa saja Ketua Menteri memerintah mempunyai hak menentukan peruntukan di kawasan bukan parti pemerintah.

Jika begitu permintaan Warisan bermakna Shafie dan Kerajaan Warisan juga boleh disiasat SPRM bermula 16 Julai 2018 sehingga Warisan tumbang 29 Julai 2020. Boleh? Banyak tu kalau nak kira 26 bulan Kerajaan memerintah.

Warisan carilah isu mantap sikit bukan isu yang kena batang hidung sendiri. Senjata makan tuan.

7 Comments