Skandal RISDA RM155juta: Selepas Peter kini giliran Shafie Apdal bakal ditahan SPRM
13:01 Jan 12, 2018  |  By SabahKini2
Skandal RISDA RM155juta: Selepas Peter kini giliran Shafie Apdal bakal ditahan SPRM

Wang deposit RM 15.5 juta hanya boleh dikeluarkan oleh firma guaman dengan arahan Menteri KKLW ketika itu Shafie Apdal. Jadi bekas Menteri KKLW itu perlu dipanggil

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret membebaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony daripada tahanan reman 7 hari dengan jaminan sebanyak RM55,000 tanpa deposit bersama seorang penjamin rakyat tempatan hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Afiq Agoes terhadap ahli perniagaan berusia 47 tahun itu selepas tempoh reman tamat pada hari ini.

Peter direman sejak Isnin lalu, bagi siasatan berhubung urusan pembelian tanah ladang berstatus tanah adat di daerah Tongod bernilai RM155 juta pada tahun 2014

Peter disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009 kerana didakwa menerima wang suapan dalam urusan pembelian tanah itu dijalankan.

Seorang lagi Peguam KDM yang juga Naib Presiden KDM ialah Michael P Ubu pemilik firma guaman Michael P.Ubu & co yang diburu SPRM telah melarikan diri ke luar negara dan usaha mencari beliau menggunakan kedutaan di luar negara sedang dilakukan.

Ini kerana firma guaman Michael & Co telah menerima pembayaran wang pendahuluan RM15.5 juta itu melalui akaun syarikat guamannya. Wang amanah deposit itu dikatakan hilang kerana gagal dipulangkan kepada RISDA selepas pembelian itu gagal dilakukan. Bagaimanapun selepas dituntut wang itu tidak dipulang lebih setahun sejak dituntut RISDA.

Terdahulu, Peter hadir memakai kemeja putih dan kononnya mengalami masalah kesihatan dan terpaksa dikejarkan ke hospital swasta selepas tamat prosiding kira-kira pukul 10 pagi.

Giliran Shafie Apdal dan bekas KP RISDA bakal dipanggil SPRM dalam tempoh terdekat

Wang deposit RM 15.5 juta hanya boleh dikeluarkan oleh firma guaman dengan arahan Menteri KKLW ketika itu Shafie Apdal.

Ia mesti melalui kelulusan khas Menteri KKLW ketika itu yang mengarahkan Dato' Sri Wan Mohamad Zuki Mohamad selaku Pengerusi dan Ketua Pengarah RISDA menandatangani dokumen tuntutan bayaran RM15.5 juta itu lebih awal sebelum tanah yang bakal dibeli berjaya ditukar status kepada Country Lease oleh pihak berkuasa (Pejabat Daerah Tongod/ Pengarah Tanah dan Ukur Negeri Sabah serta Ketua Menteri Sabah)  

Menurut sumber Pengerusi dan Ketua Pengarah RISDA ketika itu didapati bersekongkol dengan Datuk Peter Anthony dan Michael P Ubu mengeluarkan wang deposit itu dan diagihkan kepada pihak-pihak tertentu sebagai komisen mereka.

Siasatan SPRM menjurus kepada Seksyen 16 dan 17 serta Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Peter dibebaskan reman sehingga menunggu kertas siasatan lengkap sebelum dituduh di mahkamah nanti.

Shafie Apdal tidak memberikan apa-apa respon berhubung penangkapan Peter Anthony yang terbaru ini kerana beliau tahu akan dipanggil SPRM berhubung kehilangan wang RM15.5 juta (10 peratus) itu. 

 

 

 

Comment