Apa jadi kes IC ‘orang mati’ untuk pemimpin Warisan? SPRM wajib siasat Shafie Apdal, Azis Jamman!
08:12 Dec 21, 2020  |  By SabahKini2
Apa jadi kes IC ‘orang mati’ untuk pemimpin Warisan? SPRM wajib siasat Shafie Apdal, Azis Jamman!

September lalu didedah kes ‘Rohana’ AJK Warisan guna IC orang dah meninggal dunia. Bagaimana mereka lakukannya siapa pihak terlibat? Satu lagi kes Sitti Halai yang meninggal 2018 tetapi mohon IC untuk anaknya. Apa jadi kes-kes itu?

2 Disember lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan sudah melaksanakan semakan semula dan siasatan berhubung daftar kewarganegaraan.

Menurut Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu jawapan bertulis di dewan rakyat menjawab soalan daripada  Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) berkaitan keterangan Jabar Khan berhubung pemberian kad pengenalan biru kepada Pendatang tanpa Izin (PTI) di Sabah 26 Februari 2007

Hamzah berkata tindakan itu termasuklah memanggil semula pemegang Kad Pengenalan yang disyaki dikeluarkan secara tidak teratur dan tidak sah. 

“Proses semakan dilaksanakan secara berterusan dan Kad Pengenalan yang dikeluarkan secara tidak teratur dibatalkan atas beberapa sebab.

“Itu termasuklah sebab kematian, tidak hadir untuk siasatan atau permohonan dibatalkan kerana tidak memenuhi syarat kelayakan mengikut perundangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Itu dahulu kerajaan sudah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) pada 06 September 2012 yang antaranya berperanan untuk menyiasat pemberian kad pengenalan biru kepada PTI di Sabah. 

Bagaimana sekarang?

Bagaimana kes yang baharu? 18 Disember lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan seramai 1.09 juta penduduk bukan warganegara kini berada di negeri Sabah berbanding 159.5 ribu penduduk bukan warganegara yang di negeri Sarawak.

Ramainya! Siapakah mereka? Dasar Kerajaan Warisan 26 bulan yang lalu lebih menakutkan kerana bulan pertama (Bulan Jun) Warisan berkuasa sudah membuka ruang kepada Pendatang Tanpa Izin atau rakyat tanpa negara diberikan dokumen rasmi. Kemuncaknya ialah Pemberian PSS yang menyebabkan Warisan tumbang dalam PRK Kimanis.

Menurut sumber mungkin ribuan surat sokongan diberikan oleh Shafie Apdal bekas Ketua Menteri Warisan itu kepada warga asing untuk mendapat kad pengenalan di Sabah ini termasuk IMM13 dan rakyat tanpa negara yang mempunyai pertalian keluarga dengan orang asal Sabah. Kerajaan Warisan memperjuangkan isu 'IC' di Sabah khususnya di kawasan pantai timur yang menyebabkan mereka mendapat sokongan terbesar di sana. Kerana apa? Generasi mereka yang dah ada IC diberi harapan maka mereka menyokong Warisan. Ada kalangan mereka telah menjadi AJK dan pemimpin Warisan. Dulu mereka pendatang kini mereka orang tempatan.

AJK Bahagian Warisan guna Kad Pengenalan orang mati

12 September dalam kempen PRN Sabah, Sabahkini2 telah mendedahkan  warga asing pemegang IMM13 menggunakan dokumen milik individu bernama Rohana Maksan yang sudah meninggal dunia mendapat kewarganegaraan dan menjadi AJK Bahagian Warisan Kalabakan. 

pendedahan whatsApp sulit mengenai Rohana AJK Wirawati Warisan

[VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN

Suami Rohana adalah AJK Bahagian Warisan Kalabakan 

Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah membongkar sindiket itu. Rekod perbualan pegawai JPN  juga didedahkan. Setakat ini tiada penafian daripada JPN Sabah. Malah sehingga kini tidak diketahui status kes itu. AJK Wirawati Bahagian dan penyelaras Wirawati P.191 Kalabakan disokong kuat oleh Shafie Apdal ketika itu. Shafie sendiri bersama Darell Leiking dan Junz Wong tidak pernah memberi reaksi kes ini. 

Menggunakan Kad Pengenalan orang yang sudah mati adalah satu kesalahan besar. Persoalan besar Siapa pegawai dan ‘orang dalam’ yang menguruskan MyKad palsu itu? Jika Rohana Maksan dan suaminya ditangkap tidak mungkin mereka tidak menyimpan nama pegawai yang mereka berurusan?

[ARTIKEL BERKAITAN-  [VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN

[ARTIKEL BERKAITAN-  Hipokrasi 2: Shafie tutup mulut kantoi Wirawati Warisan IC palsu! Mana JPN, Imigresen, SPRM? ]

Apakah Rohana dan suaminya yang juga AJK Bahagian Warisan itu telah didakwa di mahkamah?

Mengapa JPN Sabah sembunyikan kes itu? Mengapa tidak kerajaan GRS baharu menyemak semula semua permohonan surat warga asing kepada Shafie Apdal itu yang dihantar kepada Pengarah JPN Sabah?

Pendedahan lain pemohon meninggal dunia minta kad pengenalan

Lebih luar biasa dan bukan hanya kes Rohana Maksan pada 26 September ketika hari mengundi PRN Sabah portal SuaraTV pula mendedahkan Shafie Apdal menyokong permohonan kad pengenalan individu yang telah meninggal dunia sejak 2 Mei 2018 kerana sakit tua. Bagaimana orang dah meninggal mendapat minit sokongan daripada Shafie Apdal?


Dilaporkan ribuan surat begini diarah Shafie luluskan kepada Pengarah JPN Sabah terutama pengikut Warisan dan orang Semporna

Surat pemohon yang mengunakan nama Siti Halai Sandaluddin telah menulis surat kepada Shafie bagi mendapatkan sokongan. Melalui sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaraan Negeri (JPN) bertarikh 24 Ogos 1990 anak kepada wanita tersebut bukan merupakan warganegara Malaysia.

Shafie meminitkan surat tersebut dengan arahan “Datuk Pengarah Jabatan Pendaftaraan Negeri, sila beri bantuan,”. Manakala Francis Au Setiausaha Sulit Shafie Apdal ketika itu memanjangkan surat permohonan itu kepada Pengarah JPN Sabah untuk diberi kelulusan dan bantuan

Sokongan Azis Jamman Bekas Timbalan Menteri KDN

Seorang lagi tidak asing ialah Azis Jamman. Apa Azis Jamman lakukan ketika sebagai Timbalan Menteri KDN? Lebih banyak surat sokongan diberi kepada warga asing atau yang bermasalah kad pengenalan diarahkan Azis Jamman kepada pegawai. Kelihatan ia hanya satu surat sokongan dengan minit ringan tetapi hakikatnya di belakang Menteri Warisan mengarah penjawat awam meluluskannya selagi 'tidak kantoi'. 

Cuba lihat rekod sokongan beliau terhadap warga asing yang memohon warganegara tetap (IC Merah) dan juga MyKAS (IC Hijau) dilaporkan banyak diluluskan ketika beliau Timbalan Menteri. itu belum masuk warganegara asing yang membuat bayaran ratusan ribu kepada beliau memohon IC Merah itu. 

Jika kantoi pihak yang mengendalikan akan di 'kambing hitamkan' sedangkan semua tahu agen yang mendapatkan tandangan surat sokongan Azis Jamman itu adalah pegawai Azis sendiri.

PERBUATAN AZIS JAMMAN SEUMPAMA INI ADALAH SETIAP HARI KETIKA BELIAU SEBAGAI TIMBALAN MENTERI

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]

 

 

 
Sokongan Azis Jamman tidak pernah terhenti selepas 'budak-budaknya' kantoi. Dia melakukan lagi menyokong Syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd milik ‘Dato’ Sulu’  Dato’ Seri Saad Hj Ani yang terlibat dengan dalam kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad dokumentasi kepada warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI). Syarikat itu pernah didakwa di mahkamah ditangkap tetapi Azis Jamman selaku timbalan menteri tetap menyokong syarikat itu.

Mengapa? Bila kantoi diberi alasan hanya sokongan tetapi hakikatnya syarikat menjadi berani kerana diberi lampu hijau oleh Timbalan Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri? ]

Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri?

 

 

Mengapa tidak kerajaan PN dan GRS minta siasat semula kes pemberian Kad Pengenalan orang yang sudah meninggal dunia ini  termasuk surat sokongan Shafie Apdal dan Azis Jamman yang dikatakan ribuan dibuat sejak Mei 2018 lagi.

Mesti ada Kad Pengenalan yang sudah terlepas. Rakyat perlu tahu.

4 Comments