Kerajaan GRS Laksana Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III, Projek Empangan dikaji semula
15:12 Dec 22, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan GRS Laksana Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III, Projek Empangan dikaji semula

Pihak Kementerian Kerja Raya Sabah sedang dalam pertimbangan untuk melaksanakan Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III, kesinambungan daripada program yang dirancang dan dilaksanakan dalam Fasa I & Fasa II.

Pihak Kementerian Kerja Raya Sabah sedang dalam pertimbangan untuk melaksanakan Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III, kesinambungan  daripada program yang dirancang dan dilaksanakan dalam  Fasa I & Fasa II.

Projek Bekalan Air Kota Kinabalu ini adalah cetusan daripada Laporan Kota Kinabalu Master Plan yang di laksanakan dan dihasilkan pada tahun 1986.

Peringkat pelaksanaan Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa I melibatkan skop pembinaan Loji Rawatan Air Kasigui dan Telibong 1 serta rangkaian sistem saluran paip.

Sementara pelaksanaan projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa II melibatkan skop kerja pembinaan loji-loji rawatan air Moyog dan Telibong 2 Fasa I serta pembinaan Empangan Babagon.

Sejak tahun 2011 kawasan  Bahagian Pantai Barat yang melibatkan daerah-daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan serta Papar mula mengalami kekurangan air dan penurunan tekanan air di mana loji-loji rawatan air sedia ada telah mencapai tahap maksima pengeluaran air.

Pada masa yang sama sumber bekalan air mentah daripada sungai Tuaran dan sungai Moyog telah hampir mencapai tahap maksima dan tidak lagi berkeupayaan untuk membekalkan air mentah dengan jumlah yang besar.

Oleh itu, sesuai dengan hasil laporan Kota Kinabalu Water Suply Master Plan yang mengenalpasti sungai Papar sebagai sumber bekalan air mentah untuk masa hadapan yang juga adalah berpotensi untuk pembinaan empangan air sebagai sumber air yang lestari, pihak kerajaan telah mencadangkan pelaksanaan projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III bagi tindakan penyelesaian jangka panjang serta memenuhi keperluan bekalan yang semakin meningkat. Cadangan projek tersebut telah dirancang seawal Program Pembangunan Bekalan Air Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMKe-8).

Sehingga kini, tahap kekurangan bekalan air bagi kawasan Pantai Barat telah mencapai 30%. Kesan daripada defisit ini memberi impak yang sangat serius terutama di kawasan utara dan tengah bahagian Pantai Barat ini yang mempunyai tumpuan kepadatan penduduk yang tinggi.

Demi untuk merealisasikan matlamat kerajaan untuk meningkatkan keupayaan bekalan air terawat yang mencukupi dan mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih yang sangat  membebankan rakyat, kerajaan kini berhasrat untuk menjayakan pelaksanaan projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III ini sesuai dengan keperluan dengan segera.

Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III ini melibatkan skop pembinaan empangan air, loji rawatan air serta sistem rangkaian saluran paip yang lengkap untuk diintegrasikan dengan sistem bekalan air yang sedia ada.

Oleh itu, pihak Kementerian Kerja Raya sedang berusaha membawa perkara ini kepada Jemaah Menteri yang baru agar perlantikan juruperunding segera dilaksanakan untuk menjalankan kajian projek yang baru, sesuai dengan keperluan reka bentuk yang terkini dengan mengambil kira teknik kejuruteraan yang terkini

Sementara itu bagi menjawab soalan di sidang dun Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, kementerian itu sudah menjalankan kajian bagi melaksana projek bekalan air tersebut bagi menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan bandar dan sekitarnya.

“Pembinaan projek ini akan dilaksana mengikut penilaian yang diberikan melalui Institut Kajian Pembangunan (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS),” katanya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

 

 

 

 

4 Comments