PKPB Di Sabah dilanjut Hingga 14 Januari
04:12 Dec 29, 2020  |  By SabahKini2
PKPB Di Sabah dilanjut Hingga 14 Januari

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan berikutan jumlah kes kumulatif COVID-19 yang masih tinggi di tiga negeri

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan kerajaan berikutan jumlah kes kumulatif COVID-19 yang masih tinggi di ketiga-tiga negeri berkenaan, selain kewujudan kluster baharu.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Comment