Nor Asiah dilantik Peguam Besar Sabah ganti Brenndon, Noorliza Datuk Bandar Wanita pertama Kota Kinabalu
05:12 Dec 29, 2020  |  By SabahKini2
Nor Asiah dilantik Peguam Besar Sabah ganti Brenndon, Noorliza Datuk Bandar Wanita pertama Kota Kinabalu

Kerajaan GRS melantik dua wanita di jawatan penting Kerajaan iaitu Peguam Besar dan Datuk Bandar Kota Kinabalu. Ini bukti GRS menghargai wanita menerajui utama kerajaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melantik dua wanita untuk menerajui Jabatan Peguam Besar Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Nor Asiah Mohd Yusof timbalan peguam besar Sabah dilantik menjadi Peguam Besar negeri menggantikan Brenndon Keith Soh, manakala Ketua Pengarah DBKK, Noorliza Awang Alip dilantik sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu.

Dua pegawai kanan berkenaan masing-masing menerima watikah perlantikan daripada Ketua Menteri, Hajiji Noor di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini.

Nor Asiah ketika ditemui berkata, beliau berterima kasih kepada ketua menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya sebagai Peguam Besar negeri.

”Banyak yang perlu dilakukan di jabatan ini (Jabatan Peguam Besar Sabah) seperti mengemas kini dan menyemak semula beberapa undang-undang sedia ada, termasuklah undang-undang hak milik strata.

“Terima kasih juga kepada semua kakitangan dan pegawai di jabatan yang banyak membantu selama ini,” katanya.

Nor Asiah memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sejak 1995 dan dilantik sebagai timbalan peguam besar Sabah pada 2018.

Sementara itu, Noorliza yang merupakan Datuk Bandar wanita pertama Kota Kinabalu ketika ditemui menyifatkan pelantikannya itu penghargaan daripada kerajaan negeri terhadap kepemimpinan wanita.

Noorliza Datuk Bandar Kota Kinabalu

“Pelantikan ini membuktikan kerajaan negeri menghargai wanita dan diberi peluang untuk menerajui jawatan penting kerajaan.

”Pengiktirafan ini juga sudah pasti akan menjadi pemangkin dan meningkatkan semangat dalam kalangan wanita di negeri ini.

”Saya merakamkan terima kasih kepada ketua menteri dan kerajaan negeri atas pelantikan ini,” katanya yang sebelum ini memulakan tugas di Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) sebagai penolong setiausaha MPKK pada 1996.

Terdahulu Hajiji berkata, pelantikan Nor Asiah dan Noorliza membuktikan peranan dan kepemimpinan wanita terus mendapat pengiktirafan serta penghormatan daripada kerajaan negeri.

”Ini (pelantikan wanita) adalah antara usaha kita memastikan penyertaan wanita, terutama pegawai yang ada pengalaman luas dalam jabatan atau organisasi masing-masing diberi pengiktirafan yang sewajarnya di negeri ini.

”Saya berharap dengan pelantikan ini, jabatan atau organisasi yang diketuai akan lebih cemerlang dan berdaya saing serta maju sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya.

Turut hadir pada majlis penyerahan watikah tadi ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Abidin Madingkir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datu Rosmadi Datu Sulai.

Sebelum ini isu penamatan Brenndon Keith Soh Peguam Besar lantikan Warisan menjadi bualan dan kritikan di laman sosial. Pendokong Warisan berpendapat Brenndon tidak wajar ditamatkan kerana baru sahaja dilantik 11 Julai 2020

Bagaimanapun Brenndon Keith Soh didapati peguam yang bersekongkol dengan Peguam Shafie Apdal sebelum ini iaitu Datuk Theodore Douglas Lind dalam pelbagai kes termasuk menentang Datuk Hajiji dalam saman mereka kepada Kerajaan Warisan sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Brenndon Bersekongkol Shafie Apdal Warisan Wajar Letak Jawatan Peguam Besar Negeri Sabah ]

Netizen berharap pelantikan Nor Asiah sebagai Peguam Besar Negeri Sabah membuka lembaran baru memperhalusi semula apa yang diputuskan oleh Kerajaan Warisan sebelum ini. Ini termasuk mengkaji semula undang-undang, pemberian projek kepada kroni, pembayaran hutang Air Asia serta cadangan pengambil alihan terminal 2 KKIA kepada Air Asia

 

 

4 Comments