Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk
04:12 Dec 29, 2020  |  By SabahKini2
Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk

Rahsia konsesi lantikan rundingan terus Warisan UPKO RM1.5B akhirnya terbongkar. 4 Syarikat kroni konsesi Peter dan Shafie dahlah tiada duit, jalan majlis daerah pun di 'mark up' melampau. RM325 juta ke RM500 juta kalau buat jalan rakyat dah senang hati.

Di bawah skandal projek RM1.5 bilion, Syarikat Kroni Datuk Peter Anthony, Sinaran Mewah Sdn Bhd mendapat kontrak rundingan Penyelenggaraan Jalanraya-Jalanraya Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah di Kawasan Pantai Barat Utara dan Kawasan Utara Sabah bernilai RM325 juta selama 5 tahun.

Dalam ertikata lain RM65 juta setahun untuk 820.53 KM dengan harga RM 79,217.09 PerKM.

Syarikat Sinaran Mewah merupakan syarikat taikun rumah urut Michael Chin yang juga dikaitkan dengan Globanico sebuah lagi konsesi yang gagal. Modal berbayar syarikat RM800 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah TIADA. Untung/Rugi Penyata kewangan syarikat ini belum wujud sebab syarikat cuma ditubuhkan pada bulan Mac 2019. Walaupun bulan Mac 2019 tetapi mampu mendapat projek RM325 juta. Penilaian apa Peter dan JKR lakukan ketika itu? Bagaimana dia dilantik walaupun tiada kelayakan? 

EWON BENEDICT, MAJLIS DAERAH KOTA BELUD- PROJEK SELENGGARA JALAN DUMPIRING KEBIDAHAN DAN JALAN-JALAN BERKAITAN 

Salah satu jalan dibawah seliaan konsesi Sinaran Mewah Sdn Bhd ialah bawah Majlis Daerah Kota Belud.

Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan dan Jalan-jalan berkaitan membongkar segalanya betapa begitu banyak projek selenggaraan jalan seliaan Pegawai Daerah mempunyai ketirisan serupa. Warisan PH ‘mark up’ harga gila-gila dan tak masuk akal. Bayangkan berapa jalan RM325 juta perlu dibuat oleh Sinaran Mewah Sdn Bhd? 

Bayangkan juga apa boleh dilakukan oleh konsesi lain seperti AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), AK Setiabina Sdn bhd (RM400 Juta) Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta) 

Semua konsesi ini akan berunding dengan Menteri UPKO, Warisan, MP atau ADUN dan akhirnya menentukan sub kontraktor melaksanakan projek selenggaraan jalan di kawasan majlis daerah.

Maka kenyanglah Datuk Ewon Benedick bekas Menteri KPLB bersama Peter Anthony apabila Jalan Dumpiring Kebidahan yang panjangnya hanya 2.3KM tetapi kos selenggaraan setahun RM2,436,407.50 atau RM1,059,307.17 juta 1KM. Selama 5 tahun dianggarkan kosnya ialah RM12,182,037.50.

Berapa banyak jalan boleh dibina dengan kos selenggaraan terkumpul mencecah RM325 juta itu di kampung atau kawasan majlis daerah? Jalan apa yang diselenggara jika jalan pun rosak teruk  hancur berpuluh tahun.

[ARTIKEL BERKAITAN - Kantoi lagi Peter Luluskan kontrak 5 tahun Projek JKR kos 40 kali ganda lebih tinggi untuk kroni ]

[ARTIKEL BERKAITAN - Panas! Terbongkar lagi rasuah Warisan, SPRM tangkap pemimpin Warisan minggu depan?

Mari kita lihat beberapa gambar ini betapa teruknya kerja-kerja konsesi selenggara jalan ini. RM2.4 juta untuk jalan 2.3KM? Kita mahu Datuk Peter Anthony dan Ewon Benedick bekas Menteri UPKO itu menjawabnya. Rakyat mahu tahu. Berapa banyak komisen kamu makan untuk 1 Kilometer.

 

 

 


Dengan semua pendedahan LOA, SSM malah gambar projek selenggaraan jalan ini kita tak tahu apa lagi Pengarah SPRM negeri Sabah, S Karunanithy budak Lathefa Koya PH itu tunggu! Apa lagi dia mahu 'kawtim'?.

SPRM tak percaya lagi kita tambah pula dengan gambar jalan selenggaraan konsesi lain. Anda lihat maka anda boleh bayangkan bagaimana 4 konsesi ini merompak duit rakyat. Mereka sepatutnya 'claim' yang mereka buat kerja tetapi mereka tuntut penuh kos setahun seolah-olah mereka membuat kerja sepanjang tahun. Sangat buruk. Dan bagaimana pegawai berkaitan meluluskan bayaran penuh itu? Kalau tak rasuah kita sebut apa? Paling rakyat marah ialah dari zaman Warisan mereka merompak tetapi meneruskan rompakan di zaman Kerajaan baharu. Konsesi dah ada kabel dengan para pegawai JKR, Pegawai daerah dan kementerian. Siapa kerajaan pun konsesi tetap hidup.




Benda buruk nampak di depan mata Pengarah SPRM Sabah masih melilau ke sana kemari dan tidak berbuat apa. Mahu dedah dokumen bayaran kepada kontraktor lagi ke baru SPRM percaya? Paling tidak panggil Datuk Ewon Benedick Adun Kedamaian Bekas Menteri KPLB itu! Heret Peter sekali lagi kerana projek selenggaraan RM1.5B yang gila 'mark up' ini. Heret bekas Pengarah JKR Sabah yang ditamatkan sebelum ini. 

Kita harap Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM tengokkan pengarah ini. Kalau tak boleh kerja pindahkan S Karunanithy segera. Kalau di zaman PH SPRM aktif mengapa tidak sekarang SPRM bertindak  di masa PKPB dilaksanakan. 

10 Comments