14 Daerah di Sabah Zon Merah, Tongod Kembali Hijau
11:01 Jan 01, 2021  |  By SabahKini2
14 Daerah di Sabah Zon Merah, Tongod Kembali Hijau

Daripada 299 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 206 kes (68.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 64 kes (21.4%), saringan kluster-kluster sedia ada 3 kes (1%) dan 26 kes (8.7%) adalah dari lain- lain kategori.

KOTA KINABALU: Kinabatangan dan Tambunan bertukar menjadi zon merah, hari ini apabila merekodkan lebih 40 kes aktif COVID-19 susulan pertambahan jangkitan baharu.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan, 14 daerah kini berada dalam kategori zon merah di Sabah berbanding hanya 12, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan media, berkata Kinabatangan semalam mencatatkan sebanyak 14 kes baharu manakala Tambunan pula sebanyak 25 kes baharu.

Walau bagaimanapun, daerah Tongod pula telah bertukar daripada zon kuning menjadi zon hijau, hari ini.

Daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes positif baharu tertinggi sebanyak 64 kes kemudian diikuti Penampang (44), Lahad Datu (38), Tawau (21), Sandakan (20); Kota Belud (15) Papar (13) dan Tuaran (7).

Selain itu, daerah Pitas sebanyak enam kes, Kunak (6), Beaufort (4), Keningau (3), Sipitang (2), Kudat (2); manakala Semporna, Kalabakan, Tenom dan Telupid masing-masing mencatatkan sebanyak satu kes baharu.

Sementara itu, selain Tongod, daerah Ranau, Kuala Penyu, Kota Marudu, Beluran dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu setakat ini.

Daripada 299 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 206 kes (68.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 64 kes (21.4%), saringan kluster-kluster sedia ada 3 kes (1%) dan 26 kes (8.7%) adalah dari lain- lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,392 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.39%
Comment