2,295 kes positif baharu, Selangor 638 kes kekal tertinggi, Sabah keempat 259 kes
20:01 Jan 02, 2021  |  By SabahKini2
2,295 kes positif baharu, Selangor 638 kes kekal tertinggi, Sabah keempat 259 kes

Selangor terus mencatat kes harian tertinggi dengan 638 kes, diikuti Johor dengan 580 kes dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes. Kes aktif ketika ini berjumlah 22, 398. Sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 483.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,295 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 117,373. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hariannya memaklumkan, daripada jumlah itu, sembilan adalah kes import.
 
Pada masa sama, bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 3,321 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 94,492 kes (80.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
 
 
Sebanyak 135 kes yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.
Selangor terus mencatat kes harian tertinggi dengan 638 kes, diikuti Johor dengan 580 kes dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes. Kes aktif ketika ini berjumlah 22, 398. Sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 483.
 
Sembilan kluster baharu dikenal pasti membabitkan Johor, Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.
 
Kes Sabah
 
Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 sebanyak 259 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan di Daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.
 
Seramai 281 pesakit COVID-19 telah  sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,154 orang. Sejumlah 1,720 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,099 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
 
Daerah Sipitang bertukar dari zon jingga ke zon merah, manakala Daerah Beaufort berubah dari zon kuning ke zon jingga.
 
Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Tambunan iaitu Kluster Batu 8 mencatatkan sebanyak empat (4) kes menjadikan jumlah kumulatif 52 kes. Kluster ini dikesan berpunca dari aktiviti sosial (menuai padi dan sambutan Krismas). Kluster ini turut mencatatkan kes di dua (2) daerah lain iaitu Ranau (3 kes) dan Kota Belud (2 kes).
 
 
Daripada 259 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 164 kes (63.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 46 kes (17.8%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 15 kes (5.8%), dan 34 kes (13.1%) adalah dari lain-lain kategori.
 
Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,445 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,393 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.90%.
 
 
2 Comments