Tahun 2021: Dr Mahathir bimbang Shafie Apdal bakal didakwa kes rasuah?
03:01 Jan 04, 2021  |  By SabahKini2
Tahun 2021: Dr Mahathir bimbang Shafie Apdal bakal didakwa kes rasuah?

Selepas Peter Anthony Warisan, Michael Ubu, Lim Guan dan isteri didakwa di mahkamah Dr Mahathir bimbang kudanya tahun 2021 Shafie Apdal bakal didakwa kes rasuah RM1.5B KKLW yang ditutup PH sebelum ini.

Masuk tahun 2021 Dr Mahathir Mohamad memberi ‘hint’ tahun 2021 berkemungkinan ada pemimpin PH atau Warisan bakal didakwa.

Dalam catatan blog pertama tahun ini, Mahathir berkata tidak ada sesiapa harus bertindak melampaui undang-undang, tidak kira tinggi mana kedudukan mereka.

“Rakyat harus berasa selamat, harus percaya bahawa undang-undang adalah untuk melindungi mereka,” katanya.

Beliau berkata kebimbangannya berdasarkan penahanan beberapa orang yang dilayan secara tidak adil sebelum ini.

Kata-kata Dr Mahathir itu tentu sangat pesimis kerana ketika PH berkuasa beliau sebagai PM7 tidak mengapa memburu semua musuh politiknya seperti Najib, Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Tengku Adnan, Rosmah dan lain-lain lagi.

Tidak mengapa membekukan semua akaun parti, individu, syarikat dan NGO tetapi jika ada yang ‘kawtim’ mereka bebaskan pembekuan sebagaimana kes Tan Sri Lim Soon Ping.

Dr Mahathir memberi contoh bagaimana Shafie Apdal ditangkap bersama rakan pemimpin Warisan bersabit tuduhan rasuah.

“Mereka ditangkap, ditahan selama lapan hari, terpaksa memakai baju oren dan dilemparkan ke dalam sel tanpa tikar tidur. Setakat ini, tidak ada tuduhan terhadap mereka,” kata Mahathir.

Nampaknya Dr Mahathir menjangka akan berlaku sesuatu kepada Shafie Apdal bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Benarkah tiada tuduhan?

Shafie ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada April 2017 dan dituduh menyalahgunakan dana awam KKLW sebanyak RM1.5 bilion.

Belum sempat didakwa menteri undang-undang Datuk VK Liew (Warisan) menutup kesnya di Dewan Negara bahawa kes Shafie Apdal diklasifikasikan sebagai sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS).

Peguam Negara baru dilantik Tommy Thomas pada bulan Jun 2018 dan pada bulan itu juga dia telah putuskan bukti tak cukup (bukan tak ada bukti). Sepatutnya, seorang pendakwa raya perlu kembalikan kertas siasatan ke pihak siasatan (SPRM) untuk cari bukti yang dia rasa masih tak cukup - bukan terus putuskan kes tak boleh dakwa.

Tentunya membebaskan Shafie Apdal adalah satu konspirasi memalukan Tommy Thomas, Menteri Warisan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Shukri) ketika itu. Tapi itulah PH. Mereka melakukan apa sahaja ketika itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM ]

Bukan sahaja kes Shafie ditutup, kes Lim Guan Eng  rasuah banglo murah digugurkan malah 15  kes lagi pemimpin PH digugurkan. Itulah cara PH. PH semua boleh dibebaskan tetapi jika melibatkan BN perlu melalui proses mahkamah.

Bagaimanapun Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan Phang Li Khoon didakwa semula di mahkamah 8 dan 10 ogos 2020. 


Peter Anthony Naib Presiden Warisan dan Peguam Michael P Ubu dituduh di mahkamah

Selepas Kerajaan PN berkuasa tapi Kerajaan Warisan memilih sebagai pembangkang. Shafie merasakan Warisan sangat kuat. Dulu Warisan menikus di depan Mahathir tetapi seperti minum ketum Shafie berlagak kuat ala-ala Sarawak. Langkah Warisan goyang apabila pada Jun 2020 sekalipun Shafie Apdal belum didakwa namun orang kanannya Peter Anthony bersama Michael P Ubu telah didakwa di mahkamah kerana pecah amanah kes RISDA dan pengubahan wang haram di agensi KKLW yang ketika itu Shafie Apdal adalah Menteri KKLW.


2017 Peter Anthony direman, Michael Ubu lari ke luar negara sebelum curi-curi kembali ke Malaysia awal jun 2020 dan Michael didakwa di mahkamah

Peguam Negara dan SPRM nenjadi lebih berani bertindak di Sabah. Bergegarlah Shafie dan Warisan ketika itu. Akaun transaksi syarikat Peter, Asli Jati Engineering menerima wang haram didedah kepada rakyat. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA libatkan wang RM19.5 Juta

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta

Tidak terhenti disitu Peter turut didakwa lagi di Mahkamah Kuala Lumpur bagi kes dokumen palsu di UMS yang juga telah disokong oleh Shafie Apdal sebelum itu. Bukan itu sahaja tidak sedikit dana kroni Peter Anthony dibekukan. 

Mesejnya jelas jika Peter Anthony dan Michael Ubu boleh didakwa di mahkamah mengapa tidak Shafie Apdal juga didakwa di mahkamah. Salah atau tidak itu urusan mahkamah dan Shafie Apdal membuktikanya. Apatah lagi Shafie dan Warisan tewas dalam Pilihanraya Negeri 26 September lalu tidak punya kuasa sudah tentu lebih mudah mengheret Shafie.

Oleh itu disyorkan kes rasuah Shafie Apdal dibuka semula. Menteri JPM, Peguam Negara, dan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu menyiapkan segala bukti baru mendakwa Shafie Apdal

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Rasuah Shafie RM1.5B: Menteri JPM, AG, SPRM perlu buka kes dan dakwa Shafie!


Misteri kes rasuah Shafie Apdal tidak terjawab selagi tidak didakwa - 14 syarikat dan RM48 juta!

Bagaimana kes penyelewengan RM1.5bilion KKLW tiada bukti? Tiada bukti tidak bermakna tidak berlaku rasuah. Tertangkapnya adik Shafie Apdal, Yusof dan Hamid jelas bersalahan dengan Seksyen 23 SPRM salah guna kuasa apabila pengakuan Adik Shafie menerima wang dari Taikun Sabah seperti Sinkung Contruction. Pendakwaan kes Peter dan Michael P Ubu adalah disebabkan arahan Shafie Apdal kepada Peter. 

Sinkong kini dilaporkan melarikan diri ke Australia

‘Money Trail’ yang didedah SPRM  kepada The Star pada Oktober 2017 jelas menunjukkan adanya unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh Shafie Apdal kerana memberi projek kepada adik atau sekutunya. Dari 23 syarikat 14 dikenal pasti membuat pengakuan memberi wang rasuah kepada Shafie dan adiknya. Shafie kemudianya menyaman The Star agar menarik balik laporannya. Turut mendedahkan laporan SPRM itu ialah portal The MalaysianInsight.  Mengapa SPRM tidak membuka semula asas siasatan dan pendedahan 14 syarikat dan RM48 juta yang diberi kepada Shafie dan adik-adiknya?

[ARTIKEL BERKAITAN:  14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti ]


Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW saksi utama bebas?

Kunci utama kes rasuah Shafie Apdal ialah Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKLW orang kanan kepercayaan Shafie Apdal. Dato’ Sri Azam Baki harus harus membuka kes ini kerana ketika di zaman Dato’ Shukri Abdull KP SPRM beliau jelas menutup kes ini dan tidak mahu mendakwa Norhartaty Rahmat  itu. Ia keputusan yang sangat memusykilkan. Menurut sumber SPRM Norhartaty Rahmat dijadikan saksi utama kes itu maka beliau tidak dituduh di mahkamah. Kini beliau dilaporkan menjadi Timbalan Pengarah di JPA. 

Ketika direman SPRM 6 hari tahun 2017 Kini sebagai Timbalan Pengarah di JPA

Mengapa Norhartaty Rahmat? kerana beliau walaupun hanya TSUB  gred 54 ketika itu tetapi akaun miliknya RM29 juta telah dibekukan. Bagaimana mempunyai wang sebanyak itu tidak didakwa? Misteri kes Shafie Apdal pasti akan terungkai jika Shafie didakwa dan Norhartaty dipanggil sebagai saksi. 

[ARTIKEL BERKAITAN: PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal? ]

 

Apakah SPRM dan Peguam Negara akan mendakwa Shafie Apdal sebagaimana Datuk Peter Anthony dan Michael P Ubu? Jika Shafie didakwa maka habislah harapan Tun Dr Mahathir Shafie sebagai PM ke 9 pilihannya.

Jadi kebimbangan Dr Mahathir kepada kudanya Shafie Apdal sangat berasas.

Muhyiddin Yassin memerlukan isu 'divert' terbaik dikala berhadapan mesyuarat UMNO Bahagian seluruh negara yang menolaknya. Bahan berita terbaik ialah 'Shafie Apdal Didakwa!'. 

#ShafieRM1.5BStolen

11 Comments