Annuar dipecat SUA BN tidak jejas Gabungan Rakyat Sabah kata Bung Moktar
16:01 Jan 05, 2021  |  By SabahKini2
Annuar dipecat SUA BN tidak jejas Gabungan Rakyat Sabah kata Bung Moktar

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, meskipun begitu, pihaknya tidak menafikan perkara berkenaan boleh menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi.

BALU: Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tidak menjejaskan momentum Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri berkenaan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, meskipun begitu, pihaknya tidak menafikan perkara berkenaan boleh menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi.
 
"Tidak dapat dinafikan memang ada sedikit tempiasnya khususnya kepada masyarakat di peringkat akar umbi, tetapi di peringkat kepimpinan saya telah menyatakan bahawa UMNO Sabah dan bersama-sama sahabat kita akan sentiasa mempertahankan kerajaan (GRS)," katanya.

Pemecatan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Tempat beliau digantikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
3 Comments