KJ akur jika UMNO arah melepaskan jawatan
16:01 Jan 05, 2021  |  By SabahKini2
KJ akur jika UMNO arah melepaskan jawatan

"Saya akur, jika diminta letak jawatan," kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam sidang akhbar perkembangan perolehan COVID-19 di Parlimen

KUALA LUMPUR : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau sedia melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya diminta untuk berbuat demikian.

"Saya akur, jika diminta letak jawatan," kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam sidang akhbar perkembangan perolehan COVID-19 di Parlimen di sini, pada Selasa

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, beliau terikat kepada sebarang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan bermesyuarat esok untuk membincangkan kedudukan pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional pimpinan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau dimaklumkan yang MKT akan mengadakan mesyuarat esok dan besar kemungkinan akan membincangkan perkara itu.

"Kalau keputusan dibuat MKT, sebagai ahli parti, saya akur dengan keputusan yang dibuat.

"Saya bukan ahli MKT, keputusan akhir akan dibuat oleh MKT, tapi kalau MKT membuat keputusan demikian dan mengarahkan semua ahli UMNO untuk melepaskan (jawatan), sebagai ahli UMNO saya akur dengan keputusan itu," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan perolehan vaksin COVID-19 negara di Parlimen di sini, pada Selasa.

Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos pembelian vaksin Covid-19 yang didakwa harga sebenar vaksin COVID-19 adalah jauh lebih murah berbanding harga yang didedahkan kepada umum.

Khairy berkata, dalam pertemuan kira-kira tiga jam bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), beliau mendedahkan harga vaksin Pfizer-BioNtech dan AstraZeneca kepada PAC.

Beliau menjelaskan, turut didedahkan dokumen-dokumen kontrak melibatkan syarikat syarikat Pfizer dan AstraZeneca bersama dengan kerajaan Malaysia.

"Disebabkan tidak dapat mengumumkan harga secara teliti bagi setiap pembelian walaupun kita sudah umum harga keseluruhan tetapi saya membuat keputusan, dalam prosiding PAC, saya mendedahkan harga pembelian kita secara terperinci," ujarnya

 

2 Comments