Akiviti sosial, program perhimpunan ramai di Sabah lapor kepada PKOB daerah
22:01 Jan 05, 2021  |  By SabahKini2
Akiviti sosial, program perhimpunan ramai di Sabah lapor kepada PKOB daerah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memudahkan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan.

KOTA KINABALU: Sebarang penganjuran aktiviti atau majlis sosial melibatkan perhimpunan orang ramai di negeri ini perlu dimaklumkan kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memudahkan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan.
 
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata Sabah mencatatkan 383 kes baharu positif COVID-19 hari ini iaitu meningkat 80 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu 38, 555 kes.

Beliau berkata lima kes kematian turut direkodkan iaitu dua kes di Lahad Datu dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Sandakan manakala satu kluster baharu dikesan hari ini ialah Kluster Tombovo di Putatan.
 
Sementara itu, setakat hari ini hanya 32.77 peratus daripada jumlah keseluruhan 6,392 unit katil di hospital dan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19 digunakan.
 
 
Pada hari ini, seramai 214 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,744 orang. Sejumlah 2,112 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 679 orang di hospital dan 1,433 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
 
Daerah Pitas berubah dari zon jingga ke zon merah. Manakala satu kluster baharu dilaporkan di Daerah Putatan iaitu Kluster Tombovo mencatatkan sebanyak 12 kes menjadikan jumlah kumulatif 18 kes.
 
Daripada 303 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 250 kes (65.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 64 kes (16.7%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada tiga 31 kes (8.1%), saringan komuniti dua (2) kes (0.5%) dan 36 kes (9.4%) adalah dari lain-lain kategori.
 
Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 957 unit. Terdapat penambahan sembilan (9) unit katil di hospital Tawau. Manakala, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,487 unit katil dengan penambah 15 katil di PKRC Dewan Badminton Keningau dan enam (6) katil PKRC Tambunan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan katil adalah 6,392 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini 32.77%.
Comment