Shafie beri kata dua kepada Muhyiddin, 'gencatan politik' atau Pilihanraya! Muhyiddin patut segera dakwa Shafie
23:01 Jan 08, 2021  |  By SabahKini2
Shafie beri kata dua kepada Muhyiddin, 'gencatan politik' atau Pilihanraya! Muhyiddin patut segera dakwa Shafie

Dicelah konflik politik UMNO-Bersatu Shafie ambil peluang beri kata dua kepada Muhyiddin. Sepatutnya Muhyiddin tekan saja 'button' agar SPRM dakwa kes Shafie di mahkamah segera.

KOTA KINABALU – Dicelah kemelut UMNO-Bersatu di Semenanjung Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Presiden Warisan mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih sama ada melakukan gencatan politik atau mengumumkan pilihan raya.

Menurutnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan penyingkiran Menteri Besar Perak pada 4 Disember lalu melalui tindakan UMNO dan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan bahawa hubungan antara UMNO dan Bersatu sangat rapuh.

"Semakin terbukti bahawa UMNO dan Bersatu tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai satu pasukan," katanya ketika berucap pada forum yang dianjurkan Institut Kaji Selidik Asia Tenggara (ISEAS) secara maya pada Jumaat.

Mohd Shafie berkata, Muhyiddin mempunyai dua pilihan, mewujudkan 'gencatan senjata' bersama UMNO dan pihak pembangkang untuk memberi fokus kepada mentadbir negara dalam tempoh pandemik koronavirus (Covid-19).

"Melalui senario ini, tidak mungkin pilihan raya akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Pilihan kedua adalah mengumumkan pilihan raya serentak dengan PRN Sarawak antara Jun dan Ogos. Ini bermaksud semua parti akan aktif berpolitik pada bulan-bulan seterusnya," katanya.

"Ekonomi Malaysia telah terbantut sejak krisis kewangan 1998, kerana dihalang oleh politik kotor malah lebih teruk apabila institusi dalam negara kini tergugat.

"Naratif baharu Malaysia diperlukan dalam tiga tiang utama negara iaitu politik, ekonomi dan sosial, daripada pemerintahan dan akauntabiliti, pendidikan, teknologi, kesihatan dan mobiliti sosial.

Shafie Apdal dalam PRN Sabah September lalu cuba memperjuangkan slogan UNITY namun tewas dalam pilihanraya itu kerana rakyat Sabah sedar UNITY (membina satu bangsa) hanyalah slogan memperdayakan rakyat. Semua itu untuk mengaut kekayaan dan poket keluarga sendiri.

PRN Sabah menjadi punca penularan besar-besar Covid-19 yang berlaku sekarang.

Shafie turut memposisikan dirinya sebagai calon PM Pakatan Harapan menolak Anwar Ibrahim namun dilihat masih gagal meraih sokongan.

Sehubungan itu, Mohd Shafie berkata, perlu ada gerakan baharu menolak politik peribadi antara Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita perlu menggerakkan satu gerakan melibatkan semua rakyat Malaysia menentang orang lama dan golongan elit yang menguasai parti-parti politik untuk memberikan ruang kepada sesiapa sahaja bersuara serta mengembangkan potensi masing-masing," katanya.

Untuk rekod di bawah Kerajaan Warisan 26 bulan, ekonomi Sabah teruk jatuh menjunam KDNK terendah 0.5 peratus walaupun bukan di zaman pandemik Covid-19.

 

Netizen melihat Tan Sri Muhyiddin terlalu berlembut dengan Shafie Apdal. Sekalipun Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan didakwa di mahkamah kes rasuah RM1.5 bilion KKLW itu sepatutnya didakwa sekarang. Biarkan mahkamah membuat keputusan sama ada Shafie bersalah ataupun tidak.


[ ARTIKEL BERKAITAIN- Tahun 2021: Dr Mahathir bimbang Shafie Apdal bakal didakwa kes rasuah? ]

18 Comments