Kerajaan PN masih sah, tidak tergugat - Takiyuddin
17:01 Jan 10, 2021  |  By SabahKini2
Kerajaan PN masih sah, tidak tergugat - Takiyuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PN dengan sokongan 110 ahli parlimen masih sah sebagai kerajaan dan akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negara.

SETIU: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tergugat dengan penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PN dengan sokongan 110 ahli parlimen masih sah sebagai kerajaan dan akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negara.
 
"Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat beliau itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.

“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang. Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, di sini, pada Ahad.
Comment