(VIDEO) Warisan dimalukan lagi: Asyik memuja Mahathir giliran orang Tuaran tinggalkan Shafie berucap!
22:01 Jan 14, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Warisan dimalukan lagi: Asyik memuja Mahathir giliran orang Tuaran tinggalkan Shafie berucap!

Hari ini sekali lagi Progam Bicara presiden Warisan ketika Shafie Apdal berucap hadirin meninggalkan kerusi masing-masing lebih awal.

 

VIDEO 1: Seperti juga di Kota Belud: Di Tuaran apabila Shafie berucap ramai sudah meninggalkan kerusi masing-masing.
Apatah lagi Shafie memuji-muji Tun Dr Mahathir Pengerusi PPBM.

Warisan dalam kempennya 'anti malaya' tetapi di belakang begitu pro Mahathir pelopor projek IC

 

VIDEO 2: Perhatikan Shafie berucap kerusi kosong. Orang luar dah balik. Orang tempatan tak berminat.
Shafie kata tak mahu kerjasama parti tempatan tetapi dia menjual Warisan kepada Mahathir Pengerusi PPBM demi kepentingannya

TUARAN: Selepas dimalukan oleh rakyat DUN Kedamaian Kota Belud pada Progam Bicara Presiden Warisan bersama Dato’ Seri Shafie Apdal semalam apabila semua hadirin yang hadir balik meninggalkan kerusi masing-masing tidak mahu mendengar ucapan Shafie Apdal.

Hari ini sekali lagi Progam Bicara presiden Warisan yang digambarkan oleh penganjur ramai tetapi hanya kira-kira 500 orang yang hadir. Menurut sumber yang hadir ramai dari ahli Warisan luar bukan dari Tuaran.

 

AJK Warisan dari semua bahagian juga dilihat hadir di Tuaran. Ahli Jawatankuasa serta Penggerak Warisan Sabah, Parlimen Kota Belud Tuan Hj Mastan Haji Hassan seorang dari rombongan ke Tuaran di laporkan meninggal dunia di Hospital Berungis Tuaran ketika mengiringi Jelajah Shafie Apdal. Takziah buat keluarga Hj Mastan.

Takziah buat keluarga Hj Mastan (gambar)

Sebagaimana di Kota Belud Shafie sekali lagi menekankan tiada halangan bekerjasama dengan DAP atau Pakatan Rakyat Tun Dr Mahathir asalkan niatnya sama untuk mengalahkan BN.

“Saya telah berjumpa Dr Mahathir dan mengatakan bersetuju apa sahaja usaha Dr Mahathir di Semenanjung”.katanya

Namun terus mengelirukan rakyat dengan menyatakan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan kerana tidak mahu terikat dengan ikatan.

Ahli Parlimen Semporna itu menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Gabungan Sabah (USA) kerana beranggapan komponen parti itu bakal menipu Warisan namun membayangkan tidak mengapa jika Warisan dibeli oleh Tun Dr Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan.

Semalam Shafie Apdal menyeru rakyat Sabah agar memaafkan sahaja Mahathir walaupun bersalah dalam projek IC.

Hari ini video berdurasi 0.53 saat dan 1.39 saat turut diviralkan menunjukkan ketika Shafie Apdal masih berucap hadirin sudah meninggalkan kerusi. Banyak kerusi yang kosong. Agaknya rakyat Tuaran sudah bosan dengan sandiwara Shafie Apdal.

 

VIDEO 3: Kasihan Shafie Apdal Presiden Warisan tapi bukan sahaja ramai balik awal yang dia salam pun beberapa yang tinggal.

1 Comment