Majikan bayar rasuah sembunyi status pekerja positif Covid-19 punca kluster ‘kilang’ merebak?
21:01 Jan 10, 2021  |  By SabahKini2
Majikan bayar rasuah sembunyi status pekerja positif Covid-19 punca kluster ‘kilang’ merebak?

Ada majikan sembunyi status pekerja positif Covid-19 Syarikat bimbang diarah tutup operasi elak rugi malah ada yang menipu laporan ujian saringan sehingga virus mudah tersebar dalam komuniti.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berasa kesal terdapat majikan yang dikesan menyembunyikan status kesihatan pekerjanya yang positif Covid-19 kerana bimbang tidak dapat menjalankan operasi syarikat sepenuhnya.

Beliau berkata, ia adalah amalan atau budaya yang tidak baik terutama dalam situasi negara sedang berperang dengan pandemik berkenaan.

“Saya sudah bagi amaran khususnya kepada syarikat pembuatan dan pembinaan. Ada juga kes positif tetapi (majikan) tidak maklum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana takut mereka tidak dapat beroperasi.

“Saya minta pihak majikan sekiranya ada kes, sila maklumkan kepada pihak KKM (untuk tindakan selanjutnya),” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Labong di sini pada Ahad.

Ditanya mengenai kebimbangan rakyat tentang pekerjaan mereka setelah ura-ura Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan semula tidak lama lagi, Saravanan berkata, kerajaan sedang memikirkan cara terbaik dalam mengekang penularan wabak yang menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini.

“(Apa-apa sahaja langkah diambil kerajaan) tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan daripada semua pihak. Baru-baru ini pun ada pihak persatuan majikan buat pengumuman dan kata tidak sesuai diadakan PKP.

“Kita lihat ada dua krisis (yang berlaku), yang pertama ekonomi akibat adakan PKP dan kedua krisis kesihatan. Kerajaan sedang buat yang terbaik,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman isnin ini dan dijangka melaksanakan PKP2.0 secara bersasar.  

Kluster Covid-19 Kilang- tempat kerja

Sejak kluster Teratai atau top glove November lalu mendadak naik melebihi 1000 kes sehari menyebabkan kes Negeri Selangor antara yang tertinggi mengatasi negeri Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN- 1,884 Kes Baharu, Selangor tertinggi 1,203 kes daripada kluster 'Top Glove'

ARTIKEL BERKAITAN- Kluster 'Top Glove' mengganas lebih 1000 kes, 28 kilangnya ditutup secara berperingkat

11 Disember lalu enam kluster baharu dilaporkan dan semuanya dikesan hasil saringan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster dikesan di Selangor dan satu kluster masing-masing di Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Kluster Sungai Putus misalnya hasil saringan di tempat kerja membabitkan Kilang Kosan sudah menjangkiti lebih 400 individu. Kluster Erima, Texmile daerah Gombak semuanya daripada kilang.

22 Disember lalu Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd mengesahkan bahawa 116 pekerja di dua kilangnya di Shah Alam diuji positif COVID-19. Ia menyebabkan saham pengeluar barangan elektronik itu susut sehingga 56 sen atau 1.8 peratus kepada RM30.62 sesaham

Menyusul dipenghujung disember New Hoong Fatt Holdings Bhd pula menutup sementara kilang pengeluaran logam anak syarikat milik penuhnya, Auto Global Parts Industries Sdn Bhd (AGP) selepas 94 dari 314 pekerjanya disaring positif

Di Pulau Pinang misalnya sejak November lalu beberapa kilang di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas ditutup mengelak penularan COVID-19. Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.mengesahkan awal Januari lalu  kes di Pulau Pinang terus meningkat melibatkan pekerja kilang.

Banyak kilang-kilang di Selangor diserbu kerana melanggar SOP terutama penginapan pekerja yang kotor menyebabkan kes mudah menular.

Antara Kilang sarung tangan yang diserbu melanggar SOP

Sindiket Pemalsuan saringan Covid-19

16 Disember lalu Dr Sathia dari Rawang melaporkan  sebuah syarikat subkontraktor telah memalsukan maklumat saringan Covid-19 dengan memasukkan nama pekerja lain di dalam keputusan ujian yang dilakukan.

Dr Sathia dilaporkan berkata, pihaknya mengenal pasti hampir 20 kes pemalsuan keputusan COVID-19 yang dikatakan membabitkan pekerja dari syarikat subkontraktor yang berurusan dengan kerajaan atau swasta.

KKM dan Polis sedang menyiasat sindiket ini.

Bagaimanapun ada dakwaan daripada kilang-kilang di Pulau Pinang dan Selangor membayar rasuah kepada pihak tertentu bagi menutup pekerja kilang yang positif Covid-19. Ada kemungkinan banyak lagi kes tidak laporkan. 

 

2 Comments