Tangau Presiden UPKO rayu Anwar bentuk kabinet bayangan belakangkan Shafie Apdal
21:01 Jan 13, 2021  |  By SabahKini2
Tangau Presiden UPKO rayu Anwar bentuk kabinet bayangan belakangkan Shafie Apdal

Madius Tangau sudah tidak sanggup tanpa jawatan dan kuasa. Walaupun Shafie Apdal berniat mahu menjadi Ketua Pembangkang, Madius Tangau menyeru agar Anwar Ibrahim memainkan peranan Ketua Pembangkang.

Selepas hilang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan partinya tewas dalam PRN Sabah September lalu, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau merayu kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk membentuk kabinet bayangan.

Wilfred menegaskan pembangkang harus segera bertindak dalam menghadapi pengisytiharan darurat yang disifatkannya sebagai serangan terhadap demokrasi.

"Kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, saya mohon agar kabinet bayangan diatur dalam seminggu, dan segera kemukakan polisi alternatif pembangkang mengenai wabak dan ekonomi.

"Tolong pengerusikan mesyuarat kabinet bayangan Harapan Plus pertama pada hari Rabu depan, melalui (aplikasi) Zoom," katanya.

Katanya, Pakatan Plus harus bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin 'melepasi batas' dengan mengisytiharkan darurat.

Harapan Plus merujuk kepada gabungan Pakatan Harapan dan sekutunya yang terdiri daripada Warisan dan Upko sejak gabungan itu tumbang pada Februari tahun lalu.

Wilfred berkata, Harapan Plus telah membuang banyak masa sejak itu.

"Kita tidak mempunyai Kabinet bayangan walaupun mempunyai kira-kira 40 bekas menteri dan bekas timbalan menteri. Kita bahkan tidak dapat mengemukakan Belanjawan Bayangan sebelum 6 November. Saya malu," katanya.

Wilfred berkata pembangkang tidak boleh meneruskan strategi mereka pada ketika ini untuk terus menyerang kerajaan "pintu belakang" Muhyiddin.

"Sebaliknya, kita harus bekerja keras untuk menawarkan yang lebih baik sehingga kita dapat masuk melalui pintu depan dengan majoriti yang kuat, teguh dan meyakinkan setelah Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.

Baru-baru ini Datuk Seri Shafie Apdal menyeru agar mengubah landskap politik Sabah termasuk menukar ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Ketika sidang dewan rakyat belanjawan 2021 Warisan memboikot Anwar Ibrahim dan PKR menyebabkan Belanjawan 2021 Kerajaan PN diluluskan.

 

14 Comments