COVID-19: Mengapa Kluster 'Kilang' merebak cepat?
03:01 Jan 14, 2021  |  By SabahKini2
COVID-19: Mengapa Kluster 'Kilang' merebak cepat?

Trend peningkatan kluster tempat kerja seperti kilang melonjak terus selepas kluster Teratai (Top Glove) melebih 4000 kes. Hari ini kilang di Selangor, Wilayah, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terus mencatatkan kes harian. Mampukah PKP men

Sejak kluster Teratai atau top glove November lalu mendadak naik melebihi 1000 kes sehari menyebabkan kes Negeri Selangor antara yang tertinggi mengatasi negeri Sabah. Malah trend kluster ‘kilang’ ini terus menular sehingga mencecah 3000 kes sehari. Satu ketika juga Johor pernah mencatatkan kes tertinggi.


Kluster Teratai atau Kilang Top Glove rekod lebih 4000 kes dan terpaksa PKPD dilakukan


12  dan 13 Januari merekodkan beberapa kluster kilang baharu di Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Kluster tempat kerja sudah merebak dalam komuniti.

Kluster Jalan Manan (Klang), Persiaran Kuala (Klang), Taman Integrasi (Gombak), Jalan Ijuk (Hicom Industrial Estate Petaling,Hulu Langat, Sepang) terus berleluasa begitu juga di Negeri Johor Kluster Jalan Rami (Muar), Kluster Kota (Kota Tinggi)

Apa yang berlaku?

Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berasa kesal terdapat majikan yang dikesan menyembunyikan status kesihatan pekerjanya yang positif Covid-19 kerana bimbang tidak dapat menjalankan operasi syarikat sepenuhnya.

Beliau berkata, ia adalah amalan atau budaya yang tidak baik terutama dalam situasi negara sedang berperang dengan pandemik berkenaan.

“Saya sudah bagi amaran khususnya kepada syarikat pembuatan dan pembinaan. Ada juga kes positif tetapi (majikan) tidak maklum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana takut mereka tidak dapat beroperasi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Majikan bayar rasuah sembunyi status pekerja positif Covid-19 punca kluster ‘kilang’ merebak? ]

Apakah semua ini kerana rasuah majikan syarikat kepada pihak berkuasa di negeri masing-masing?

Jika tidak bagaimana majoriti pekerja kilang paling ramai dijangkiti Covid-19?

Kes pekerja kilang Top Glove misalnya turut dikaitkan dengan faktor tempat tinggal yang sesak sehingga Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKS) membuka 21 kertas siasatan melibatkan 63 pertuduhan, termasuk 19 terhadap enam kumpulan syarikat Top Glove kerana tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)

[ARTIKEL BERKAITAN-  JTK buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove ]

Selepas ribuan pekerjanya disaring dan positif bagaimana aspek kebersihan dan pematuhan mengenai penempatan pekerja terus disembunyikan sekian lama? Apakah ada unsur rasuah menutup kes?

12 Januari lalu beberapa kilang di Johor dilaporkan ditutup sementara kerana jangkitan Covid-19. Anak syarikat i-Stone Group Bhd dan Spring Art Holdings Bhd (Spring Art) mengesahkan beberapa pekerjanya diuji positif COVID-19.

 

Hari ini setiap hari jika Ketua Pengarah Kesihatan melaporkan status semasa Covid-19 pasti wujud kluster baharu melibatkan kluster tempat kerja atau kilang.

Sudah tentu Kerajaan dalam dilemma sama ada melaksanakan PKP atau tidak memandangkan faktor ekonomi seperti sektor perkilangan dan pembuatan penting.Namun jika menyebabkan bahaya jangkitan Covid-19 ini memudaratkan komuniti terutama warga asing yang tinggal di kawasan rakyat Malaysia.

Hari ini PKP di 6 Negeri yang mempunyai kes tertinggi harian terpaksa dilakukan untuk membendung kes merebak lebih besar lagi memandangkan kes Covid-19 melebihi 2500 sehari. Bolehkah PKP membendung kenaikan kes harian? 

1 Comment