Warkah Anwar desak batal Pengisytiharan Darurat bukti PH hina Agong
03:01 Jan 15, 2021  |  By SabahKini2
Warkah Anwar desak batal Pengisytiharan Darurat bukti PH hina Agong

Tindakan terbaru daripada Anwar ini menggambarkan PH menentang Pengisytiharan Darurat yang telah diputuskan oleh Yang Dipertuan Agong. Ia jelas memperlekehkan kebijaksanaan Agong sebagai Ketua Negara

Tidak berpuas hati dengan Pengisytiharan Darurat, Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengarahkan semua anggota parlimen pro kepadanya mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong membatalkan pengisytiharan darurat

Dalam surat yang dihantar kepada ahli parlimen, Anwar meminta mereka menulis warkah tersebut Jumaat ini supaya parlimen dapat bersidang sebelum 31 Januari.

"Dalam surat tersebut saya telah mencadangkan kepada semua ahli parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera.

"Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan semua ahli parlimen atau parti.

"Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara," katanya dalam satu kenyataan

Pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Darurat dilaksanakan bagi membendung wabak Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas selepas itu berkata parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Sekalipun PH dan beberapa ahli parlimen mendakwa  Muhyiddin dan kerajaan PN kehilangan majoriti namun ia tidak berlaku kerana Pengisytiharan Darurat memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri mentadbir negara dalam tempoh darurat.

 

Anwar PH Perlekeh Agong

Tindakan Anwar Ibrahim ini dilihat sebagai satu usaha menyatukan pembangkang yang kini berpecah. Tun Dr Mahathir dan Shafie Apdal dilihat tidak menyokong Anwar Ibrahim.

Beberapa pemimpin Warisan dan PH Sabah sebelum meluluskan Belanjawan 2021 juga secara terang-terangan menolak Anwar Ibrahim dan mahu PH menggantinya dengan Shafie Apdal.

Tindakan terbaru daripada Anwar ini menggambarkan PH menentang Pengisytiharan Darurat yang telah diputuskan oleh Yang Dipertuan Agong. Ia jelas memperlekehkan kebijaksanaan Agong sebagai Ketua Negara

Jika beberapa pemimpin UMNO terlibat dengan gerakan dan naratif baru Anwa Ibrahim ini mempertikaikan Agong ia pasti memberi kesan buruk kepada parti tertua di negara ini.

Pengisytiharan Darurat diwarta

Bagaimanapun langkah Anwar dan PH itu gagal apabila  Pengisytiharan darurat bagi menangani ancaman COVID-19 telah diwartakan berkuat kuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos depan dan sudah disiarkan di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara semalam

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Januari lalu itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong.

Dokumen pewartaan itu bertajuk Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

"Bahawasanya, Beta berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

Dan bahawasanya Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut, Beta boleh mengeluarkan suatu proklamasi darurat.

Maka, oleh yang demikian, Beta, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Beta sebagaimana yang tersebut di atas, mengisytiharkan bahawa satu darurat besar sedang berlaku dan bahawa proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Persekutuan mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Dikeluarkan di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan pada 11 Januari 2021".

 

8 Comments