Shafie Apdal sokong Anwar Ibrahim desak Agong batalkan Darurat
06:01 Jan 16, 2021  |  By SabahKini2
Shafie Apdal sokong Anwar Ibrahim desak Agong batalkan Darurat

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal degil bubarkan DUN bagi PRN Sabah. Katanya sanggup mati walau Covid-19 merebak. Ketika Muhyiddin PM tidak mahu bubar Parlimen dan laksana Darurat sehingga Ogos Shafie tunjuk pandai pula..Desak Agong lagi

‘Bagai ketam mengajar anaknya berjalan’ Shafie Apdal yang sebelum ini Ketua Menteri ‘keras kepala’ membubarkan DUN  Sabah bagi mengadakan pilihanraya negeri Sabah 26 September 2020 lalu kini mula mengajar Tan Sri Muhyiddin melaksanakan Darurat sebagai tidak perlu dan cukuplah undang-undang mengawal pandemik sedia ada sekarang.

Katanya cukuplah sekadar Perjanjian politik antara semua parti untuk tidak mengadakan pilihan raya umum sehingga krisis kesihatan negara ini reda dan tidak perlu darurat kata presiden Warisan Shafie Apdal dalam satu kenyataan.

Shafie berkata, darurat “bermotifkan politik” dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memberi nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebagai “tidak boleh diterima”.

“Wujud undang-undang yang cukup untuk menangani pandemik Covid-19. Jika ada keperluan untuk meminda perlembagaan persekutuan bagi mengelak pilihan raya Sarawak atau pilihan raya kecil, kerajaan Perikatan Nasional patut berunding dengan pembangkang untuk melakukannya,” katanya.

Berlagak pandai

Perjanjian politik apa yang dimaksudkan Shafie? Kerjasama Warisan dengan Anwar pun seperti "Hidup segan mati tak mau". Berebut mahu menjadi PM sehingga ke saat ini. Penuh drama. Tidakkah Shafie malu rampasan kuasanya pada 12 Mei 2018 mencuri adun BN untuk berkuasa bukan kerana mandat rakyat. Kemudian Shafie bicara mengenai perjanjian politik?

Begitu juga dengan nasihat bubar Dun. Mengapa baru sekarang Shafie berlagak pandai sedangkan beribu nasihat sebelum ini kepada beliau agar tidak membubar DUN Sabah mengelak PRN dan wabak Covid-19 menular. Malah beliau berulang kali berkata 'Sanggup Mati' bubar DUN dan rakyat Sabah dijangkiti Covid-19.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie ulang laungan 'Sanggup berani mati' bubar DUN dikala Sabah kes tertinggi COVID-19, rakyat sengsara ]

Bukankah ini kedegilan? Bukankah bagus tiada PRU berbanding bubar?

Namun Shafie tidak peduli bimbang hilang kuasa maka DUN dibubar dan menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri Sementara merai sokongan Pilihanraya. Malangnya strategi tidak menjadi Warisan tumbang dalam PRN.

Bagaimanapun kesan PRN Sabah sangat besar kerana kes Covid-19 mendadak naik sejak 4 bulan lalu sehinggalah kes kumulatif Covid-19 tertinggi di negara ini dipintas oleh Negeri Selangor 13 Januari lalu.

Shafielah punca kes Covid-19 mencanak naik dan kini cuba menasihat PM Muhyiddin tidak perlu darurat?

Darurat inilah berpunca daripada bencana kes Covid-19 Sabah. Biarpun terdapat undang-undang mencegah penyakit berjangkit namun belum cukup untuk menangani perangai degil Ahli Parlimen Malaysia yang gila mahu mengadakan Pilihanraya atau menumbang kerajaan.

Agong pun bosan sikap MP Malaysia tidak sabar PRU-15 sehingga memutuskan Darurat.

Oleh itu rakyat Malaysia melihat Perisytiharan Darurat adalah sangat tepat. Agong lebih bijaksana memikirkan nasib rakyatnya daripada politik ahli parlimen. Tindakan menyeru Agong membatalkan Perisytiharan Darurat satu tindakan biadap dan penghinaan kepada institusi raja.

Adalah jelas Shafie Apdal turut biadap menghina Agong apabila menyokong desakan Anwar Ibrahim membatalkan darurat bagi tujuan perundingan  pembangkang dengan MP Kerajaan

[ARTIKEL BERKAITAN- Warkah Anwar desak batal Pengisytiharan Darurat bukti PH hina Agong ]

Apa Anwar, Shafie Apdal dan PH fikir Yang Dipertuan Agong kita tiada kebijaksanaan memikirkan hal rakyat berpunca perangai MP macam mereka?                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

 

 

6 Comments