Rekod tertinggi baharu lagi, 4,029 kes Covid-19, Sabah 449 kes, ketiga selepas Johor
13:01 Jan 16, 2021  |  By SabahKini2
Rekod tertinggi baharu lagi, 4,029 kes Covid-19, Sabah 449 kes, ketiga selepas Johor

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif

Pada hari ini, 16 Januari 2021, negara kita sekali lagi melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,029 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095 kes. Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 37,126 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,021 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,711 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus).

Sebanyak 110 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (40 kes), Kluster Tembok Nanas (39 kes), Kluster Tembok Gajah (15 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster Pagar Siput (4 kes), Kluster Tembok Kemus (2 kes), dan Kluster Pagar Bentong (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri seperti berikut;

Sehingga kini, terdapat 205 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 594 kes (0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
587 104077 Sabah Lelaki (WN) 70 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
588 126612 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis
589 141045 Perak Lelaki (WN) 78 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan masalah pendengaran
590 142964 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 72 Hospital Sungai Buloh Penyakit  paru-paru kronik obstruktif (COAD)
591 144035 Pahang Lelaki (WN) 40 Hospital Bentong Penyakit kencing manis
592 145939 Sabah Lelaki (WN) 62 Jenazah dibawa ke Hospital Lahad Datu
593 117659 Sabah Perempuan (BWN) 45 Hospital Lahad Datu Penyakit jantung
594 149197 Sabah Perempuan (BWN) 61 Hospital Lahad Datu Penyakit kencing manis dan darah tinggi

 

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,148 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 117,375 kes (75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

 

Sehingga 16 Januari 2021, terdapat sebanyak 641 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu pada hari ini. Sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).

Lembah Klang khususnya Negeri Selangor merekodkan kes tertinggi di negara ini. Johor di ranking kedua dan Sabah di ranking ketiga.

 

 

 

Comment