Peter menipu, guna dokumen palsu di Semenanjung tapi mohon pindah kes ke Mahkamah Sesyen KK
19:01 Jan 20, 2021  |  By SabahKini2
Peter menipu, guna dokumen palsu di Semenanjung tapi mohon pindah kes ke Mahkamah Sesyen KK

Peter melakukan segara cara menyelamatlan kesnya asal lambat di dakwa di mahkamah. Sebelum ini Peter membeli alasan sakit vertigo, kemudian PKPB dan kini PKP kononnya saksi separuh berada di Sabah.

Peter Anthony yang didakwa atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu projek UMS, sekali lagi dalam cubaannya melengahkan kesnya memohon untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen di ibu negara ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas alasan sebahagian daripada saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu berada di Sabah.

Sebelum ini Peter membeli alasan Sebelum ini Peter membeli alasan sakit vertigo, kemudian PKPB dan kini PKP kononnya saksi separuh berada di Sabah.

[ ARTIKEL BERKAITAN -Peter tidak hadir ke mahkamah alasan PKPB serta Mohon Pindah Kes Ke Mahkamah Sesyen KK]

Permohonan yang difailkan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah pada 6 Jan itu menyatakan beliau turut dituduh dengan lima pertuduhan lain di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dan pergerakannya dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur adalah terhad.

“Saya juga ADUN Melalap dan telah berada di Sabah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan serta sedang berkhidmat kepada masyarakat di Sabah yang terkesan dengan teruk sejak Covid-19 melanda negara,” katanya menerusi permohonan itu.

Menurut Peter, perintah kawalan pergerakan akan menyukarkan perjalanan pihak-pihak yang terlibat dengan kes ini berikutan perintah tersebut akan berubah mengikut perkembangan Covid-19 di seluruh negara.

“Permohonan ini akan menyenangkan semua pihak memandangkan saksi-saksi yang berpotensi untuk dipanggil di dalam kes ini berasal dan menetap di Sabah,” katanya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Peter ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi berkata hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi permohonan memindahkan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Aslam Zainuddin, namun ditangguhkan ke 3 Feb berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wan Shaharuddin turut mengesahkan Peter memfailkan permohonan untuk memindahkan kes ke Sabah.

“Bagaimanapun, pihak pendakwaan dalam prosiding sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kesalahan dilakukan di Semenanjung Malaysia, dan mahkamah di sini tiada bidang kuasa untuk memindahkan kes ke Sabah,” katanya.

Peter, 50, didakwa sebagai pemilik dam Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu surat Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 11 Jul 2014.

Dokumen itu didakwa mempunyai pernyataan palsu kononnya UMS mengadakan kolaborasi dengan Syarikat Asli Jati Engineering, yang menyaksikan syarikat itu bersetuju membiayai dan mendirikan sebuah pusat Latihan Teknikal (M&E), serta pihak UMS menyokong penuh permohonan syarikat terbabit bagi melaksanakan kerja-kerja secara rundingan terus.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 17 Julai 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peter turut didakwa atas pertuduhan alternatif, iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen membabitkan dokumen sama bagi membiayai dan mendirikan sebuah pusat M&E di tempat dan tarikh sama, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 11 Jun tahun lalu, naib presiden Parti Warisan Sabah itu didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, atas lima pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM8.75 juta berhubung pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Dia turut dihadapkan ke mahkamah sama pada 18 Jun tahun sama, atas pertuduhan bersubahat dalam kes pecah amanah melibatkan pembelian tanah RISDA bernilai RM15,545,400 bersama peguamnya Michael P Ubu yang sebelum ini melarikan diri ke luar negara selama 2 tahun.

Michael P Ubu turut didakwa kerana pecah amanah dan juga Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

[ ARTIKEL BERKAITAN - Kes dokumen palsu, Peter Anthony diperintah hadir ke Mahkamah 24 Feb ]

 

9 Comments