(VIDEO) Shafie Apdal hina 3.05 juta anggota RELA hanya layak jaga kenduri sahaja
19:01 Jan 15, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Shafie Apdal hina 3.05 juta anggota RELA hanya layak jaga kenduri sahaja

Shafie Apdal bukan sahaja mempersoalkan malah memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

VIDEO 1: Dengarkan cara Shafie Apdal menghina Anggota RELA. RELA tak layak terlibat dengan Esszone walaupun barisan kedua?

KOTA KINABALU. – AHLI anggota RELA hampir 3.05 juta pastinya tersinggung dengan penghinaan oleh Presiden Warisan Dato’ Seri Shafie Apdal ketika berucap di Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran di sini semalam.

Shafie Apdal bukan sahaja mempersoalkan malah memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Katanya sambil mempertawakan RELA.

Hakikat yang sebenar pada 29 September tahun lalu Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meluluskan penglibatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada diceroboh oleh anasir luar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir ketika itu berkata, sebanyak 500 anggota Rela terlibat dalam projek perintis itu.

Zahid Hamidi yang juga Pengerusi jawatankuasa itu berkata, pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih berperanan sebagai pasukan utama dalam mengawal sempadan negara.

“Ini adalah langkah kerajaan Pusat untuk memastikan keselamatan di Sabah terutama di kawasan pelancongan kerana sasaran kerajaan negeri adalah mencatatkan sebanyak satu juta pelancong dari China datang ke sini.

“Rela akan bertugas selama 24 jam di kawasan-kawasan tertentu, namun penguatkuasaan utama masih lagi di bawah agensi keselamatan yang telah dilantik selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya

Netizen yang menularkan video berdurasi 0.21 saat itu mula mempersoalkan Shafie Apdal yang memperlekehkan peranan Anggota RELA untuk mempertahankan keselamatan negara.

Penghinaan Presiden Warisan kepada 3.05 juta RELA ini pasti memberi kesan kepada parti itu nanti.

Sementera itu beberapa anggota RELA tidak berpuas hati dengan penghinaan itu dan meminta Shafie Apdal memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.

100 Comments