Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!
07:01 Jan 22, 2021  |  By SabahKini2
Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!

4 Kroni Peter iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta). Bagaimanapun Sinaran Mewah beroperasi di kondo mewah syarikat misteri!

Rakyat sedar tidak mudah menamatkan kontrak pelantikan syarikat bagi projek-projek kerajaan. Kemungkinan besar kerajaan terpaksa membayar sejumlah pampasan yang besar.

Bagaimanapun ia tidak bermakna sesebuah projek yang gagal dilaksana atau tidak mematuhi kontrak tidak bermakna tindakan kerajaan tidak boleh diambil tindakan.

Jika projek sakit sudah tentu terdapat pekeliling tertentu yang telah ditetapkan oleh MOF dan melalui pelbagai jawatankuasa kementerian (Contract Coordination Panel -CCP)  memperbaiki prestasi, memulih atau menamatkan kontrak.

Selain itu MOF juga mempunyai garis panduan kepada Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan jika sesebuah syarikat atau firma melanggar Syarat Tender/ Kontrak Agensi hendaklah memenuhi semua obligasinya di bawah kontrak yang ditandatangani.

Oleh itu Kementerian atau Agensi hendaklah mengambil tindakan ke atas syarikat/firma perunding mengikut syarat-syarat kontrak sekiranya syarikat/firma perunding gagal memenuhi obligasinya termasuk  gagal melaksana, kelewatan memberi bekalan atau perkhidmatan berkualiti dan tidak menepati spesifikasi (TOR)/skop kerja.

Malah kerajaan melalui SPRM boleh mendakwa syarikat jika disyaki melakukan rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu walaupun kerja-kerja tidak dilaksana atau menepati piawaan sebagaimana kisah dua pengarah syarikat pembinaan jalan RM800 juta  september tahun lalu.

Maka sudah tentu Projek Rundingan Terus Konsesi Selenggaraan Jalan JKR bernilai lebih RM1.5 Bilion untuk 5 tahun di Sabah boleh didakwa juga. Sama ada konsesi dilantik di zaman BN atau di Zaman Kerajaan Warisan yang tidak mematuhi kontrak mereka wajar diambil tindakan.

 


Projek Selenggaraan Jalan JKR Sabah yang gagal

Bagi projek konsesi lama baru-baru ini dilaporkan Syarikat konsesi Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dan WKW Eramaju Sdn. Bhd (1000264-A) yang sebelum  ini menerima teguran teruk daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2 kerana gagal melaksanakan tugas mereka datang 'menyembah' Ketua Menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor merayu meminta simpati kontrak mereka tidak tergugat.

Untuk rekod di zaman Kerajaan Warisan di bawah Shafie Apdal dan Menteri JKR Sabah Datuk Peter Anthony wujud perjanjian baharu tidak menamatkan Globinaco Sdn. Bhd dan WKW Eramaju Sdn apabila pengurusan syarikat itu ketika diambil alih pula oleh kroni Shafie Apdal.

Jika dibelakang Azam Jaya Tan Sri Joseph Lo taikun Strawberry Night Club di belakang Syarikat Globinaco Sdn Bhd adalah Michael Chin taikun rumah urut terkenal di Sabah. 

Sebagaimana perangai konsesi baharu yang gagal melaksana kontrak, Globinaco konsesi lama turut gagal tetapi Syarikat Globinaco Sdn Bhd terus dibayar RM290 juta setahun dengan harga RM131,403 setiap perKM untuk 2206.94KM. Manakala WKW Eramaju Sdn. Bhd RM74,895.15 bagi setiap perKM. Kabel mereka kuat ke?

Terdapat desas-desus kontrak mereka bakal dinilai semula oleh itu ia menjadi kebimbangan besar kepada konsesi lama ini. Setakat ini dilaporkan Ketua Menteri tidak mahu berunding dengan syarikat yang gagal ini. 

4 Konsesi Baharu

Projek konsesi  baharu jelas semua kroni Peter Anthony iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta). Kontrak konsesi kroni ialah ialah sekitar RM65 juta hingga RM100 juta setahun. 

Sabahkini2 telah mendedahkan siapa pemilik kroni Peter itu termasuk yang terbaru Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd dimiliki oleh Taikun Azam Jaya Tan Sri Joseph Lo Sdn Bhd. RM500 juta untuk 490.24 KM!.

[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Flyover’ Luyang Azam Jaya RM300 juta dibangga Peter Warisan retak, mana SPRM? ]

 

Sinaran Mewah (RM325 juta)

Selepas AK Kontraktor Sdn Bhd mempunyai kaitan dengan penama kes rasuah RISDA Peter, AK Setia Bina milik Syarikat Sarawak dan Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd Taikun Azam Jaya satu lagi misteri syarikat konsesi perlu dirungkai iaitu Syarikat Sinaran Mewah  Sdn Bhd.   

Syarikat Sinaran Mewah merupakan syarikat misteri kerana ia syarikat baharu. Modal berbayar syarikat RM800 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah TIADA. Untung/Rugi Penyata kewangan syarikat ini belum wujud sebab syarikat cuma ditubuhkan pada bulan Mac 2019. Walaupun bulan Mac 2019 tetapi mampu mendapat projek RM325 juta. Penilaian apa Peter dan JKR lakukan ketika itu? Bagaimana dia dilantik walaupun tiada kelayakan? Ia misteri belum terungkai! Bekas Pengarah JKR Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil yang tanda tangan LOA mesti tahu.

 

Siapa Ruslan Usin dan Chin Kon Wah penama syarikat Sinaran Mewah juga misteri. Siapa mereka? Budak Peter atau mana-mana Taikun? Rekod mengundi mereka di Tawau dan Luyang Penampang.

 

Alamat berdaftar syarikat ini di SHOPLOT 14, 2ND FLOOR LINTAS PLAZA, PHASE 2B KOTA KINABALU SABAH 88300.  Syarikat projek ratusan juta segaja didaftar di pejabat seperti ini?

Alamat syarikat beroperasi pula direkodkan  di  LOT 5-1, LIDO AVENUE, LORONG DELAPAN, PENAMPANG KOTA KINABALU SABAH.  Apakah ia diuruskan juga dari rumah Kondo mewah?

 

Projek Sinaran Mewah Sdn Bhd- Selenggara Jalan Zon Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas

Berdasarkan kawasan Majlis Daerah di atas serta jalan selenggaraan JKR rasanya Syarikat misteri Sinaran Mewah Sdn Bhd yang melaksana Projek RM325 juta selama 5 tahun atau RM65 juta setahun telah melaksanakan tanggungjawab mereka? Apa kata orang Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas?

Rakyat berpuas hati tak sebelum bajir berlaku dan selepas banjir berlaku untuk kerja-kerja selenggaraan jalan di sana?

Mari kita lihat beberapa kawasan yang sepatutnya diselenggara oleh Sinaran Mewah tetapi tidak dilakukannya.

Tuntutan bayaran mereka tuntut penuh tetapi hasil sangat mengecewakan. Lihat gambar-gambar ini kemudian rakyat Sabah nilaikan sendiri.

Bagaimana mereka dibayar penuh? ini kita tanya JKR di zaman Peter Anthony. Begitu juga JKR sekarang!

 

A. TUARAN

 

B. KOTA BELUD

C. RANAU

D. KOTA MARUDU

E. KUDAT

F. PITAS

Cuba anda lihat kawasan anda. Banding dengan kerja syarikat konsesi. Lihat apa mereka buat. Rakyat Sabah perlu lapor jika tidak konsesi akan membuat tuntutan penuh sehingga RM365 juta hingga RM500 juta dalam tempoh 5 tahun. Setahun mereka akan berjaya merompak paling kurang RM65 juta.

Siapa rugi? rakyat juga. Sebenarnya jika kerajaan mengurangkan atau menilai semula cara bayaran syarikat konsesi tanpa kawtim pegawai JKR daerah/ kawasan kerajaan negeri mampu menjimatkan wang rakyat kira-kira lebih RM500 juta setahun. Apa kerajaan boleh buat RM500 juta ketika pandemik Covid-19 ni? sudah tentu lebih banyak. Menuntut kerja pada sesuatu projek yang tidak dilaksanakan adalah sesuatu yang sangat tidak bermoral!

15 Comments