Rekod Baru COVID-19 Tertinggi: Kes Sembuh 4,313 dan 4,275 kes harian
18:01 Jan 23, 2021  |  By SabahKini2
Rekod Baru COVID-19 Tertinggi:  Kes Sembuh 4,313 dan 4,275 kes harian

Hari ini dua rekod baru dicatatkan iaitu kes harian tertinggi dan kes sembuh tertinggi.

Hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan  rekod baru jumlah pesakit sembuh dan kes harian tertinggi. Seramai 4,313 orang sembuh dan 4,275 kes baharu Covid-19 dengan 7 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu 4,264 kes adalah penularan tempatan manakala 11 jangkitan di luar negara.

Status terkini COVID-19 setakat 23 Januari 2021

Jumlah kes sembuh baru: 4,313 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 137,019 kes (75.9 %)
Jumlah kes baharu COVID-19: 4,275 kes
Jumlah kumulatif kes baharu: 180,455 kes
Jumlah kes aktif: 42,769 kes
Kes tempatan: 4,264 kes (3131 WN, 1,133 BWN)
Kes import: 11 kes (8 WN, 3 BWN)
Jumlah kematian baru: 7 kes (7 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 667 kes (0.37 %)
Jumlah kes di ICU: 260 kes
Pesakit COVID-19 intubated: 103 kes

 

Comment