Kes harian 4,275: Shafie, MP Warisan hantar surat ‘Sembah Derhaka’ desak Agong batal Darurat
03:01 Jan 24, 2021  |  By SabahKini2
Kes harian 4,275: Shafie, MP Warisan hantar surat ‘Sembah Derhaka’ desak Agong batal Darurat

Kes harian Covid-19 sudah mencecah rekod tertinggi 4,275 kes 23 Januari. Tetapi ahli politik sibuk berebut kuasa menukar PM. Darurat jalan terbaik. Shafie Warisan juga bangga hantar surat kepada Agong mohon batalkan Darurat!

Di kala harian Covid-19 mencecah lebih 4,200 sehari dengan megahnya Presiden Warisan Shafie Apdal mengaku lapan Ahli Parlimen Warisan termasuk dirinya sudah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merayu perisytiharan darurat dibatalkan.

Sebenarnya maksud Shafie Apdal tu bukan merayu tetapi dalam  erti kata sebenarnya mengarah atau mendesak Yang di-Pertuan Agong membatalkan perisytiharan darurat itu. Anggapan biasa Warisan yang dimainkan di laman sosial sekarang Agong ‘tidak bijaksana’ kerana dinasihatkan oleh Muhyiddin PM PN.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, walaupun Perlembagaan Persekutuan membenarkan perisytiharan darurat atas alasan keselamatan negara, perintah kawalan pergerakan (PKP) adalah langkah terbaik dan mencukupi untuk menangani penularan Covid-19.

“Jika anda lihat negara lain, mereka menggunakan langkah seperti PKP untuk membendung virus itu,” katanya selepas meninjau rumah penduduk yang rosak akibat ombak tinggi di Kampung Tanjung Aru Baru.

“Saya tidak fikir ia adalah masa yang sesuai (untuk melaksanakan darurat).”

Itu kata Shafie Apdal.

Darurat, PKP, Bubar DUN

Ketika Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah membubarkan DUN Sabah penghujung julai tahun lalu  walau dinasihat berkali-kali tidak pernah terfikirpun Shafie tentang pelaksanaan PKP atau tidak PKP, penularan penyakit malah sanggup ‘berani mati’ menghadapi wabak itu. 

Hasilnya sangat lumayan. Kesan PRN itu sehingga sekarang pun masih berbekas hingga kini. Bilangan kes harian Sabah masih berada di kedudukan kedua, ketiga atau keempat setiap hari.

Ketika darurat diisytiharkan 12 Januari 2021 Kes Covid-19 telah mencecah 3,309 kes baharu harian

 


23 Januari 2021- Sabah masih dalam ranking tertinggi

Mengapa baru sekarang Shafie berkata langkah PKP itu mencukupi? Kononnya negara lain tidak melaksanakan darurat. Ketika pelaksanaan PKP beliau dilihat tidak bersetuju dengan PKP. Banyak juga arahan PKP, PKPB ikut kepala beliau walaupun telah diputuskan oleh MKN. 

Dan sekarang beliau berpura-pura pula mengiktiraf Perintah Kawalan Pergerakan itu. Tak kiralah apa bentuk PKP. 


Masa Ketua Menteri beliau menunjuk-nunjuk lebih berkuasa dari Kerajaan Pusat  selepas 24 selepas tu U-Turn.
Baca sini langkah U-Turn beliau. Pelbagai sektor, rentas daerahmahasiswa balik Sabah

Hakikatnya fakta Shafie Apdal salah mengenai Darurat. Badan antarabangsa The Centre for Civil and Political Right' (CCPR-Centre) mendedahkan dalam  laman web mereka ada 79 negara mengisytihar darurat sebagai tindak balas menangani pandemik COVID-19. Ini termasuk Australia, Indonesia, Finland, Brazil, Itali, Sepanyol, Afrika Selatan, Libya, Filipina, Thailand, Argentina dan Jordan.

Jadi apa masalahnya dengan Malaysia jika mengisytiharkan darurat memerangi COVID-19? ia perkara sama mengawal COVID-19! Malaysia sebelum ini menggunakan Akta 342, iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Tapi Malaysia perlukan lebih dari sekadar Akta 342 iaitu DARURAT!

PH tidak pernah terfikir guna Akta 342

Persoalannya mengapa Menteri Kesihatan PH dahulu Dr Dzulkifli tidak terfikir menggunakan  Akta 342 ini atau menganjurkan Perintah Kawalan Pergerakan? Paling kurang ketika mendepani bawaan COVID-19 daripada Singpura sebelum menular ke kluster Tabligh.

Sejarah merekodkan semuanya dimulakan oleh Menteri Kerajaan PN iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba yang menggunakan langkah berani menggunakan Akta 342. Dulu PH protes Akta ini hari ini mereka berbondong-bondong mengiktiraf langkah PKP ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham ketika di zaman PH pun tidak terfikir menggunakan akta ini. Yang PH tahu ketika itu ialah marah usaha menyekat pelancong China masuk Malaysia!. 

Ya Akta 342 sudah cukup bagi melandaikan kes COVID-19 sebagaimana dalam gelombang pertama dan kedua. Namun gelombang ketiga nampaknya lebih besar lagi. Semua pihak harus fokus kepada mengatasi COVID-19 bukan penyakit gila kuasa mahukan pilihanraya segera yang semua tahu akibatnya di kala pendemik mengganas ini.

Darurat adalah jalan tepat Yang Dipertuan Agong membendung ‘penyakit politik’ para MP di negara ini yang semakin gila kuasa.Oleh itu sehingga 1 Ogos nanti Kerajaan dan semua rakyat Malaysia perlu fokus kepada memerangi COVID-19 sehinggalah PRU 15 nanti ketika COVID-19 reda.

Oleh itu tindakan Shafie dan MP Warisan menghantar surat kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan perisytiharan darurat dan mengarahkan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Jan ini adalah langkah biadap.

Shafie tidak perlu mempersoalkan motif atau tindakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menasihatkan Agong untuk mengisytiharkan darurat “bermotifkan politik” kerana beliau sendiri ketika membubarkan DUN Sabah bermotifkan politik gila. Bezanya PRN Sabah menguburkan Warisan.

Jadi Shafie Apdal dan Warisan tidak perlu banyak cakap tentang apa yang kamu boleh buat. Sekarang nikmati kesan PRN Sabah yang kamu buat.

Apa yang pasti Shafie Apdal menurut arahan Malaya ‘Anwar Ibrahim’ menghantar surat SEMBAH DERHAKA kepada Agong membatalkan darurat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal sokong Anwar Ibrahim desak Agong batalkan Darurat ]

Ini bukan kali pertama cubaan Shafie dan Warisan derhaka kepada Agong. Mereka kata hormat tetapi hakikatnya mereka mempersenda Agong. Antara isu ialah Usul Undi tidak percaya terhadap PM Muhyiddin dan juga tidak menyokong Belanjawan 2021 walaupun Agong menasihatkan agar fokus kepada rakyat.

Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM

[ARTIKEL BERKAITAN- Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM

[ARTIKEL BERKAITAN- Belanjawan 2021 lulus, Hanya 13 MP PH 'Derhaka' tidak sokong ]

 

138 Comments