DG Noor Hisham makin 'Gila Kuasa' mendahului PM, Menteri, MKN!
23:01 Jan 25, 2021  |  By SabahKini2
DG Noor Hisham makin 'Gila Kuasa' mendahului PM, Menteri, MKN!

Popular tetapi tidak bererti mendahului tugas orang lain. Semua tugas dia nak. Berlagak macam PM, Menteri Kesihatan, Pertahanan, perdagangan antarabangsa, Menteri Kewangan dan MKN. Semua benda dia memandai umum..

Keputusan sama ada kerajaan mahu melaksana atau menyambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepatutnya diumumkan oleh Perana Menteri atau Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dan bukannya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan yang memandai berbuat demikian.

Oleh itu pengumuman yang dibuat oleh DG Noor Hisham sebagaimana dilaporkan oleh media tidak sepatutnya berlaku dan membatasi tugasnya selaku Ketua Pengarah. Sama ada PKP  dijadual berakhir pada 4 Februari ini, Majlis Keselamatan Negara yang menentukannya

Semalam DG Noor Hisham berlagak seperti Menteri kesihatan, Menteri pertahanan, Menteri kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) berkata keputusan menghentikan PKP bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara. Apa kuasa dia mengumumkan perkara demikian? 

DG Noor Hisham juga melangkaui bidang kuasanya apabila  mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini jelas bukan kuasa DG KKM. Menteri Kanan Pertahanan pun tidak membuat apa-apa pengumuman lagi.

"PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.

"Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

"Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

"Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka," katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

DG Noor Hisham sepatutya maklum bahawa semua hasil mesyuarat Menteri-menteri, MKN dan KKM tidak sepatutnya dibocorkan lebih awal. DG hanya bertindak untuk memaklumkan kes harian  sebagaimana biasa. Bukan hanya DG Noor Hisham seorang dalam mesyuarat Menteri Khas MKN atau harian menangani Covid-19 ramai terlibat termasuk Menteri Kesihatan yang berkuasa di KKM.

Jika beliau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara dalam mesyuarat bersama Menteri , MKN beliau sepatutnya bersuara awal dan menjelaskan hujah-hujahnya dalam jawatankuasa bukan selepas mesyuarat bercakap lain dari apa yang diputuskan bersama.

Sikap DG ini yang suka bercakap di depan lain, belakang lain mengundang kekeliruan rakyat tentang langkah kerajaan supaya tidak bercanggah antara satu sama lain dan dilihat ‘flip flop’.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilaporkan membocorkan maklumat PKP kepada Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) mengenai maklumat  lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selepas 4 Februari ini. Ia mengundang panik rakyat kerana mendahului MKN dan Menteri Kanan Keselamatan. 

 

17 Comments