COVID-19: Johor rekod 1,069 kes pintas Selangor
13:01 Jan 27, 2021  |  By SabahKini2
COVID-19: Johor rekod 1,069 kes pintas Selangor

Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes (29.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 961 kes (89.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh :1,858 kes (151,018 kes kumulatif, 77.8%);
  • Kes baharu : 3,680 kes (194,114 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (4 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,674 kes [2,384 warganegara (64.9%); 1,290 bukan warganegara (35.1%)];
  • Kes aktif : 42,389 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 314 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 122 kesdan
  • Kes kematian : 7 kes (707 kes kumulatif , 0.36%)

Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes (29.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 961 kes (89.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 822 kes (22.3 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 698 kes (19.0 peratus).

Sebanyak 64 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (33 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster DTI Sepang (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes dari Selangor, dua (2) kes dari Perak, dan masing-masing satu (1) kes dari Sarawak dan Sabah. Kesemua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara.

Comment