(VIDEO) 'Datuk' Bertengkar kerana helikopter parkir depan rumah
21:01 Jan 28, 2021  |  By SabahKini2
(VIDEO) 'Datuk' Bertengkar kerana helikopter parkir depan rumah

Macam-macam tular sekarang. Kini dua individu seorang bergelar Datuk bergaduh kerana helikopter parkir depan rumah.

Serdang: Dua lelaki seorang bergelar Datuk bertengkar di hadapan sebuah rumah di Puchong, di sini, dipercayai berkait langsung dengan helikopter yang di parkir di rumah berkenaan.

Rakaman video berdurasi 38 saat itu tular di media sosial hari ini.

Dalam rakaman itu turut memaparkan sebuah helikopter diparkir di perkarangan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah ketika dihubungi, mengesahkan berlakunya pertengkaran itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya setakat ini.

"Mereka berdua adalah kawan dan apa yang berlaku hanya perselisihan pendapat.

"Mereka juga sudah berdamai dan kita tidak terima apa-apa laporan," katanya.

1 Comment