3285 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Pasukan Khas Covid-19 Selangor gagal tapi untung dapat projek jutaan ringgit dana negeri
07:01 Jan 31, 2021  |  By SabahKini2
3285 kes sehari, Dr Dzulkefly  Ketua Pasukan Khas Covid-19 Selangor gagal tapi untung dapat projek jutaan ringgit dana negeri

Beratus juta peruntukan Kerajaan Selangor umumkan untuk Covid-19 tetapi kes melonjak lebih 3000 sehari. Mengapa? Begitu juga peruntukan Digital. Projek SELANGKAH oleh Dr Dhesi Baha Raja Bekas Penasihat Menteri KKM Dr Dzulkefly juga gagal! siapa untung?

Dua hari ini selepas menyaksikan kenaikan mendadak kes harian Covid-19 mencecah lebih 5000 angka beberapa pemimpin PH terutama bekas Menteri Kesihatannya Dr Dzulkefly mula menyerang Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan mendesak beliau meletak jawatan. Mengapa? puncanya Negeri Selangor mencatatkan kes harian tertinggi sebagai Ketua Task Force Covid-19 Selangor beliau Dr Dzulkefly bersama rakan PH terpaksa mengalihkan isu sebelum kena atas kepalanya.

Sejak januari 2020 PH lupa merekalah punca kes Covid-19 ini bermula.  Apa yang dilakukan oleh Dr Adham Menteri Kesihatan Bersama pegawai kementeriannya sudah cukup baik menangani gelombang pertama Covid-19 hinggalah kluster tabligh yang merebak luas dalam disekat.

PH lupa ke perangai mereka dalam gelombang pertama? Sayang sangat kepada pelancong China.

Gelombang kedua Menteri Kesihatan Dr Adham, KKM dan MKN menggunakan undang-undang sedia ada menguatkuasakan Akta 342, iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas keadaan semakin baik Kerajaan melaksanakan PKPB bulan Mei dan PKPP bulan jun. Sebelum PRN Sabah, negara pernah mencatatkan kes hanya 1 kes sehari melibatkan kes import pada bulan julai.

COVID-19 - Gelombang Pertama-Ketiga

Itu bukti Dr Adham dan pegawai KKM telah melaksanakan kerja mereka dengan baik sehinggalah negara menuju kepada gelombang ketiga. Sebelum itu berapa banyak perkara baik yang segera dilakukan oleh Dr Adham daripada mendapatkan peruntukan berbilion ringgit untuk KKM,  penguatkuasaan Akta 342 kawalan penyakit berjangkit, Pembinaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS,  Hospital Bersepadu MAEPS, perolehan vaksin, sumbangan negara luar peralatan perubatan, bantuan frontliners, 3500 pekerja kontrak, pelarasan gaji Pegawai Perubatan Kontrak UD41 Ke UD43 dan banyak lagi. 

Gelombang ketiga dan Shafie Apdal

Gelombang ketiga bermula selepas Ketua Menteri Warisan Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah penghujung Julai untuk kempen PRN Sabah sehingga pembuangan undi pada 26 September. Kesan dari itu jangkitan Covid-19 mencanak naik dimulakan oleh Negeri Sabah. Boleh dikatakan Shafie Apdal merupakan ‘Bapa kes Covid-19’ bagi gelombang ketiga. Ya beliau sanggup ‘berani mati’ tetapi yang mati rakyat Sabah dan rakyat Malaysia.

PH dan Warisan menolak mereka punca kepada gelombang ketiga Covid-19 sedangkan bukti depan mata.

[ARTIKEL BERKAITAN-Shafie 'Sanggup Mati' bubar DUN punca COVID-19 merebak, Warisan PH berhenti bohongi rakyat ]

Rekod 'Bapa Covid-19 Malaysia'

Sekarang kita berbicara mengenai gelombang ketiga. Shafie Apdal dan PH lah punca segalanya bermula jika tidak ada PRN maka selamatlah rakyat Sabah dan Malaysia. Pilihanraya menyukarkan kepada pematuhan SOP.

Kerajaan hari ini menangani apa yang dicetuskan dari PRN Sabah. Itulah harga kita perlu bayar jika Pilihanraya ke 15 diadakan semula. Kesan PRN sudah menakutkan bayangkan jika PRU. 

Maka Langkah PKP 2.0 dan ditambah lagi Proklamasi Darurat oleh Yang Dipertuan Agong adalah langkah yang tepat mengawal Covid-19 terus merebak  kepada komuniti sekaligus membendung penyakit gila kuasa’ pemimpin PH mahu pilihanraya.

Tiada salahnya Darurat. The Centre for Civil and Political Right' (CCPR-Centre) sendiri melaporkan 79 negara mengisytihar darurat sebagai tindak balas menangani pandemik COVID-19. Ini termasuk Australia, Indonesia, Finland, Brazil, Itali, Sepanyol, Afrika Selatan, Libya, Filipina, Thailand, Argentina dan Jordan.

Darurat memberi pilihan lebih luas bukan sekadar menguatkuasakan Akta 342 tetapi lebih menyeluruh tanpa perlu dibawa dalam sidang dewan rakyat. keputusan pantas perlu diambil menangani Covid-19.

 

Mengapa Dr Dzulkefly dan PH salahkan Dr Adham?

Dr Dzulkefly jangan lupa beliau dilantik oleh MB Selangor sebagai Ketua Pasukan Petugas Covid-19 Selangor bermula sejak Mac 2019. Atau Dr Dzulkefly buat-buat lupa.

Apa jadi pada Selangor? Apa tugas beliau sehingga Selangor mencatatkan kes harian tertinggi setiap hari selepas sahaja Kerajaan Sabah berjaya melandaikan kes di Sabah.

 

Alasan Dr Dzulkefly tiada perkongsian data daripada kerajaan pusat adalah sesuatu yang sangat mengarut kerana data pesakit Covid-19 memang diperolehi daripada negeri. Jika ia satu masalah mengapa negeri PH seperti Negeri Sembilan tidakpun mengadu. Asasnya setiap negeri  berkuasa menentukan cara sesuai untuk membendung Covid-19.

Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah misalnya mereka menentukan cara tersendiri hanya langkah PKP yang diumumkan oleh kerajaan mereka ikuti. SOP juga mereka tentukan cara kesesuaian Majlis Keselamatan Negeri (MKN). Peruntukan dari ratusan juta hingga berbilion ringgit Sarawak dan Sabah umumkan  untuk mengawal pandemik dan menolong rakyatnya.

Sabah misalnya sekarang Berjaya melandaikan kes harian konsisten 300 ke bawah dan semakin hari semakin menurun. Mengapa? Mengapa Negeri Perlis yang sebenarnya kecil lagi merbahaya mudah merebak tetapi pada 30 Januari 2020 Perlis ‘Kosong’ kes? . Jawapannya kerana negeri melaksanakan tanggungjawabnya.

Mengapa Selangor tak boleh? Beratus juta bajet Covid-19 Selangor umumkan. Jika dah tahu kilang dan pembinaan adalah punca terbesar di Selangor mengapa tidak syor saja kepada MKN, PKPD kan saja kawasan kilang atau paling berani desak kerajaan pusat tutup sementara kilang. Selangor tidak berani berbuat demikian kerana 'taikun' taukeh berdehem menentang cara itu.

Tetapi apa berlaku? Kerajaan negeri Selangor pada bulan oktober 2020 tidak mahu PKPB dilaksanakan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri ini agak mengejutkan kerana percaya hanya daerah Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling mempunyai bilangan kes yang membimbangkan. 


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pun Kerajaan PH Selangor
bantah walau tahu kes mula memuncak di Selangor. Sekarang bukti kes depan mata sehingga perlu PKP.

Sekarang apa jadi? Apa Kerajaan Selangor buat?

Kluster tempat kerja atau Kilang dan pembinaan adalah punca terbesar. Malah dalam kluster Teratai atau Kilang Glove sudah mencecah 7,137 sehingga 30 Januari 2021. Itu baru satu kilang belum kilang lain yang menyebabkan kluster bertambah di Selangor.

Perbelanjaan Selangor kes Covid-19

Pada 9 November 2020 Kerajaan Selangor mengumumkan sebanyak RM400 juta diperuntukkan dalam usaha memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud sendiri dengan bangga mengumumkannya.

Menurutnya, sebanyak 5,433 saringan fasa pertama telah dijalankan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1.6 juta. Saringan fasa dua diteruskan lagi dengan menyasarkan golongan berisiko seperti rakyat Selangor yang pulang dari Sabah dan sebagainya dan peruntukan bagi program saringan fasa dua ini berjumlah RM1.36 juta dan diteruskan pelaksanaan sehingga tahun 2021.

Sejak Mac 2020 Menteri Besar Selangor mengumumkan lebih RM120 juta pakej termasuk menangani Covid-19.

Cuba tanya Dr Dzulkefly dan MB Selangor. Ke mana mereka belanjakan dana covid-19 itu? Siapa dapat? Lantik syarikat kroni untuk projek bekalan rapid test kit covid 19 dan sekarang dah lebih 3000 sehari di Selangor. Apa jadi pada saringan besar-besaran negeri Selangor itu? Bukankah lebih ramai lebih untung? yang ada sekarang dilaporkan peruntukan KKM. Siapa yang buat untuk Kerajaan PH Selangor? 

Rundingan terus diberi kepada syarikat Selgate Healthcare Sdn Bhd anak syarikat bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kemudian lantik syarikat pelaksana. Siapa yang untung? MB Selangor, Exco Siti Mariah atau Dr Dzulkefly yang untung?

Disaat pandemik menggila pemimpin PH Selangor berniaga mendapat keuntungan. 


Satu dari perniagaan Selgate Healthcare Sdn Bhd

 

'Pakej Kita Selangor' - RM 73.87 juta

20 Januari lalu Kerajaan negeri Selangor mengumumkan ‘Pakej Kita Selangor’ melibatkan peruntukan RM73.87 juta bagi membantu rakyat dan pihak terjejas dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menerusi pakej bantuan tersebut, sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi melaksanakan ujian saringan bersasar COVID-19 secara percuma yang memberi manfaat kepada 50,000 rakyat negeri ini.

Duit lagi dan Selgate Healthcare juga yang untung.

Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SS0C) - Bilik Gerakan Covid-19 negeri Selangor

21 Januari Kerajaan Negeri Selangor berbelanja lagi RM6 juta menjadikan Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SS0C) sebagai Bilik Gerakan Covid-19 negeri Selangor.

Kononnya Bilik Gerakan itu akan mengurus bantuan, menyokong pengurusan operasi kawalan bersama agensi persekutuan termasuk pemantauan berpusat kes Covid-19 Selangor secara berkala mendepani pengurusan operasi PKP 2.0 yang lebih berkesan.

“Pusat kawalan yang menelan belanja RM6 juta ini mempunyai keupayaan operasi 24 jam lengkap dengan jaringan internet berkelajuan tinggi sehingga 3Gbps, pusat data hybrid dan sistem komunikasi berpusat serta Smart Data Platform yang dilengkapi dengan keupayaan Big Data Analytics untuk membantu analisa sebarang data operasi yang diperlukan.

Sekali lagi persoalan apa jadi dengan dana itu? kontraktor kroni dapat projek, kes Covid-19 tetap tertinggi di Malaysia!


Projek SELANGKAH yang gagal!

Lihat saja kegagalan projek SELANGKAH projek yang mahu menyaingi aplikasi MySejahtera menjejaki kontak dan saringan pantas COVID-19 menerusi Portal Saringan Komuniti Selangkah. Apa jadi projek tu?

SELANGKAH membelanjakan RM3 juta (terbaru ditambah lagi peruntukan) wang rakyat Selangor melalui syarikat Selangkah Venture  Sdn Bhd menggunakan dana kerajaan Negeri Selangor, Selgate Healthcare Sdn Bhd. Bagaimanapun sistem mysejahtera lebih berjaya dan lebih 20 juta pengguna atau lebih 1 juta premis perniagaan berdaftar dalam aplikasi itu.

Aplikasi SELANGKAH hanya berdasarkan google form sahaja tetapi dibayar semahal RM3 juta. Selangkah Ventures Sdn Bhd (No. Syarikat: 1379166-D) didaftarkan pada 10 ogos 2020 oleh Dr Dhesi Baha Raja a/l Selva Raja bekas penasihat Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly. Dulu berniaga di KKM kini dengan Kerajaan Selangor ikut bekas bosnya.

Bagi mengelak kontroversi projek itu, MB Selangor mengarahkan Selgate Healthcare Sdn Bhd membeli 60 peratus saham syarikat baharu itu selepas sebulan ia ditubuhkan.   Bakinya milik syarikat Aime Healthcare Sdn Bhd dimiliki geng kroni Dr Dhesi Baha Raja diketuai oleh Dr Mohd Helmi Zakariah. Syarikat yang membangunkan sistem pasukan Aime Healthcare Sdn Bhd

Modal berbayar syarikat baharu ini hanya RM100 ribu sahaja. 

AKRAB - Dr Dzulkefly dan Dr Dhesi


Portal SelangkahVenture pun sekadar syarat. Tidak bersungguh

Nampak tak Dr Dhesi Baha Raja bekas Penasihat Menteri KKM dapat projek Kerajaan Negeri Selangor yang Ketua pasukan petugas Covid-19nya ialah Dr Dzulkefly sendiri!. Bukankah itu bermaksud mengkayakan diri sendiri? Berapa Dr Dzulkefly dapat komisen dari projek Covid-19 Selangor ni? Cuba Dr Dzulkefly jelaskan.

Akhirnya aplikasi ini tidak digunakan sangat oleh rakyat, mereka  lebih suka mysejahtera kerana  lebih berkesan berbanding SELANGKAH.

 

MB Minta Pembekalan terus Projek Vaksin kepada Kerajaan Selangor

Selepas pelbagai pengumuman dana lebih RM400 juta mengawal Covid-19 dan Pakej Kita Selangor RM 73 juta  kini misi baru MB Selangor ketika kes mencanak naik 3000 kes sehari ialah memohon membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 untuk Selangor secara terus dengan pembekal. Sumber berkata Menteri Besar Selangor sendiri telah meminta kepada Perdana Menteri bagi projek ini dan memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Alasannya Datuk Seri Amirudin Shari ialah meringankan beban Kerajaan Persekutuan dalam urusan pembelian vaksin. Sebenarnya semua ini mahu merembat projek Covid-19.

Setakat ini sebagaimana dilaporkan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum pernah mengeluarkan kelulusan atau surat kebenaran kepada syarikat swasta atau pihak lain untuk membeli dan mengedar vaksin COVID-19.

Kerajaan Selangor melalui Ketua task force Covid-19 pula mahu Kerajaan Selangor terus mendapat kebenaran pembelian dan pengedaran vaksin kepada anak syarikatnya. Inilah agenda MB Selangor dan Dr Dzulkefly sekarang. Jadi mereka tak hairan jika bilangan kes harian mencecah 5000 sekalipun. Semuanya mengenai perniagaan. Setiap musibah di Selangor yang untung ialah MB Selangor, Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah. 

Geng Parti PAN (Amanah)  bijak cari wang di musim Covid-19 ni. Ini belum masuk team NGO perubatan pro PAN dan IKRAM yang mendapat dana Kerajaan Negeri Selangor dan persekutuan dizaman Dr Dzulkefly dulu. 

 

 

Jadi Apakah Dr Dzulkefly, MB Selangor dan geng PAN kisah mengenai kes Covid-19 lebih 3000 sehari? jawapannya tidak kerana semua perkara mereka lakukan mendatangkan wang! Mereka perlu menyerang Menteri KKM Dr Adham kerana perlu 'divert' isu sebenar di Selangor. 

3 Comments