Usaha Kerajaan Sabah, KKM semakin berhasil, pesakit COVID-19 di Sabah menurun
09:02 Feb 01, 2021  |  By SabahKini2
Usaha Kerajaan Sabah, KKM semakin berhasil, pesakit COVID-19 di Sabah menurun

Keluar dari mimpi ngeri Sabah terus merekodkan penurunan pesakit dan kes Covid-19 di bawah 300 kes sehari berbanding sebelum ini. Kadar penggunaan katil kini 33.44 peratus.

KOTA KINABALU: Sabah terus merekodkan penurunan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dengan kadar penggunaan katil kepada 33.44 peratus berbanding 35.79 peratus, kelmarin.

Peratusan itu mewakili 2,152 pesakit COVID-19 yang masih menerima rawatan, masing-masing 709 orang di hospital, 1,420 orang di PKRC awam dan 23 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan, sebanyak 6,435 katil disediakan untuk pesakit COVID-19 di Sabah.

"Pada hari ini (semalam), kapasiti katil di hospital COVID-19 di Sabah sebanyak 1,084 unit, manakala 4,251 unit di PKRC awam dan 1,100 unit lagi di PTS serta penjara.

Penurunan kadar penggunaan katil pesakit COVID-19 itu sejajar dengan jumlah pesakit sembuh yang tinggi berbanding kes positif baharu direkodkan di Sabah sepanjang minggu lalu.

Semalam, jumlah pesakit sembuh ialah seramai 391 orang berbanding 298 kes positif baharu, menjadikan kumulatif sembuh setakat ini seramai 45,212 orang.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata, daripada 298 kes positif COVID-19 semalam, sebanyak 223 kes atau 74.8 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat.

"Selebihnya dikesan melalui saringan bergejala iaitu 29 kes (9.7 peratus), saringan kluster sedia ada sebanyak 13 kes (4.4 peratus) dan saringan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak tujuh kes (2.4 peratus)," katanya.

Daerah Kota Kinabalu merekodkan kes baharu tertinggi dengan 45 kes, diikuti Keningau (28), Lahad Datu (26), Tawau (24) dan masing-masing 22 kes di Kudat serta Sipitang.

Sabah trend menurun berbanding negeri lain

 
5 Comments