Adun DAP Johor positif Covid-19
14:02 Feb 01, 2021  |  By SabahKini2
Adun  DAP Johor positif Covid-19

Sheikh Omar Ali Adun Melayu DAP yang sering memerli KKM kini dilaporkan positif Covid-19. Nampaknya beliau diberi pengalaman berhadapan Covid-19 ini.

Wakil rakyat DAP di Johor, Sheikh Omar Ali mendedahkan beliau positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan hari ini.

Adun Paloh itu berkata, beliau ke Pejabat Kesihatan Daerah Kluang untuk menjalani ujian swab pada 11.30 pagi semalam kerana tidak sihat.

“Tadi doktor telah menghubungi saya untuk maklumkan keputusan ujian swab. Dukacita saya disahkan positif Covid-19.

“Saya mohon maaf pada semua, doakan saya dan keluarga kembali sihat dan selamat.

“Saya akan menerima rawatan lanjut mengikut saranan dan panduan pihak hospital,” kata ketua Pemuda DAP Johor itu di Facebook.

Kes Covid-19 Johor melonjak sejak bulan lalu dengan 1,020 kes baru direkodkan semalam yang menyebabkan keseluruhan meningkat melebihi 21,000 kes di negeri itu.

Terbaru, pejabat menteri besar Johor ditutup untuk sanitasi selepas setiausaha politik menteri besar disahkan positif Covid-19.

Di twitter beliau sebelum ini sempat memerli Menteri Kesihatan dan para pegawainya dalam menangani Covid-19. Bagaimanapun kali Adun DAP itu perlu menghadapi sendiri penyakit itu. 

3 Comments